Menu

Azizulhasni Juara Dunia Acara Keirin Selepas 10 Tahun Mencuba

Azizulhasni Awang menjuarai acara keirin dalam Kejohanan Dunia di Hong Kong, sebentar tadi sekali gus memenangi jersi pelangi yang diidamkan sejak 10 tahun dahulu.

Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocket Man muncul pelumba Malaysia muncul juara dunia selepas menewaskan Fabian Hernando Puerta Zapata dari Colombia dengan 0.382 saat di belakang.

Azizulhasni

Pelumba ranking No. 1 dunia, Tomas Babek dari Republik Czech menamatkan saingan di tangga ketiga (+0.417 saat).

Mesti Baca: Selamat Datang Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo

Jersi pelangi dengan warna asas putih serta lima jalur mendatar berwarna hijau, kuning, hitam, merah dan biru di bahagian dada adalah jersi yang dihadiahkan kepada juara dunia, yang boleh dipakai dalam perlumbaan di sepanjang tahun oleh pemiliknya – Sumber Utusan Online

Tahniah kepada Azizulhasni Awang!

Siapa sangka dengan tubuh yang kecil jika dibandingkan dengan pelumba lain tetapi beliau telah buktikan itu bukan kelemahan.

Siapa sangka beliau menunggu 10 tahun untyk mengecapi kejayaan manis yang membanggakan rakyat Malaysia.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!