Total Lockdown, Perintah Berkurung, PKPD. Bagaimana Hidup Dalam Situasi Tersebut?

Susulan peningkatan mendadak jangkitan COVID-19 di daerah Simpang Renggam, Johor, kerajaan mengarahkan perintah berkurung atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan melibatkan dua kawasan iaitu Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang.

Berita ini agak mengejutkan kerana tanpa disangka Malaysia akhirnya terpaksa melaksanakan PKPD atau perintah berkurung angkara penularan COVID-19 walaupun hanya melibatkan kawasan yang kecil tetapi ianya satu langkah terbaik kerana dibimbangi ianya akan menular lebih meluas ke kawasan berhampiran seterusnya merebak ke seluruh negara seperti negara Italy.

Total Lockdown, Perintah Berkurung, PKPD. Bagaimana Situasi Tersebut?

Total Lockdown, Perintah Berkurung, PKPD. Bagaimana Situasi Tersebut?

Bagaimana situasi hidup dalam keadaan total lockdown, perintah berkurung, PKPD?

  • Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada dalam kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
  • Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
  • Semua aktiviti perniagaan dihentikan.
  • Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.
  • Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
  • Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.
  • Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.
  • Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas yang disediakan kerajaan

Bayangkan bagaimana jika kita hidup dalam keadaan perintah berkurung, tersepit dan tidak dapat keluar langsung dari rumah? Tentu sangat menyeksakan betul tak?

Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!