Menu

Valet Doa Haram Atau Tidak? Bagaimana Tempahan Doa Dibacakan?

Dua tiga hari ni kecoh di laman sosial isu Valet Doa iaitu sebuah perkhidmatan membacakan doa dan hajat seseorang di tanah suci Mekah. Isu ini menjadi panas kerana orang ramai mempertikaikan bayaran yang dikenakan untuk berdoa dan menjadikan agama sebagai tunggangan.

Sehingga hari ni ianya terus menjadi buah mulut dan Mufti pun tak ketinggalan memberikan kenyataan isu panas ni..

Tapi…. kita mesti dengar dahulu apa alasan pengasas Valet Doa, Hasrin Harin. Benarkah beliau menjual agama dan bagaimana tempahan doa dibacakan?

Berapa Harga Valet Doa, Bagaimana Ianya Dilakukan Dan Buktinya?

valet doa

valet doa

Hasrin Harin berkata pelanggan akan diberikan gambar ‘selfie’ atau video bersama sehelai kertas senarai doa.

“Saya mungkin buat dua. Satu selfie bersama senarai hajat. Mana tempat yang boleh ambil video (doa), saya buat.

“Macam Hijr Ismail, kalau kurang orang, saya ambil video, kalau tidak, saya selfie. Saya tunjukkan sekali senarai hajat dilengkapi gambar pemohon, cetak atas kertas,” katanya lagi.

Pengasas Valet Doa Tetap Teruskan Walaupun Dihentam

Hasrin Harin berkata beliau tetap akan menjalankan perkhidmatan itu meskipun dikecam orang ramai dan tujuan Valet Doa adalah memudahkan individu mempunyai masalah tidak dapat pergi menunaikan umrah dalam masa terdekat.

Katanya, usaha dilakukan itu bukannya perkara main-main kerana jika dia berniat tidak baik sudah pasti akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak.

“Saya ajak orang berdoa ingat pada Allah. Perkhidmatan seumpama ini sebenarnya sudah lama dibuat namun tiada pihak melakukannya secara terurus atau mengiklankan perkhidmatan mereka. Bab doa termakbul yang saya nyatakan turut dirujuk daripada hadis sahih.

“Memang ada hadis menyatakan tempat tertentu apabila kita berdoa pasti dimakbulkan Allah SWT, terutamanya ketika berada di Makkah,” katanya.

“Usaha kami. Kami bukan doa untuk kami tetapi pemohon yang membayar. Kami selesaikan amanah mereka. Jadi ada hargalah di situ atas usaha kami.

“Dalam Islam tidak salah. Kami bekerja. Sama macam upah haji. Tetapi orang tidak nampak,” katanya yang bekerja sebagai kontraktor binaan itu.

“Kita upah orang. Cuma upah haji sudah disentuh dalam agama, fekah dan benda yang biasa. Jadi, upah doa ini masih baharu.

“Saya sebenarnya bukanlah kenakan bayaran untuk berdoa. Saya caj berurusan dan kos saya ke sana. Ini bukan Shah Alam ke masjid, ini ke Masjidil haram tanah suci,” katanya lagi.

valet doa

Apa Kata JAKIM Dan Mufti Isu Valet Doa?

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan umat Islam supaya tidak terpedaya dengan khidmat Valet Doa itu.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, doa adalah permohonan seorang hamba kepada Allah SWT.

“Sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian Islam. Hak termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia,” katanya.

Bagi Mufti Wilayah PersekutuanDatuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berpendapat, perkhidmatan ini adalah sama sekali tidak menepati Islam yang sebenarnya, dan tidak mengikut syariat.

Mesti Baca: 3,714 Mangsa Penipuan Umrah Sejak 2012

Ini kerana, tiada dalam sejarah dan juga adab di kalangan salafussoleh berbuat demikian. Hatta bila Nabi SAW mahu menyertakan doa Saidina Umar RA dengannya, tiada sebarang syarat kewangan, upah atau bayaran yang dikenakan oleh Saidina Umar RA.

Beliau juga melihat, penamaan pakej-pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan. Sementelahan lagi, ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dan manipulasi doa.

valet doa

Admin tak berani mengulas perkara yang melibatkan hukum ni cuma selepas membaca kenyataan JAKIM dan Mufti Wilayah Persekutuan admin berpendapat perkhidmatan Valet Doa ini TIDAK HARAM cuma ianya tidak biasa dibuat.

Dan…. admin cuma nak tanya satu je…..

Ada tak JAMINAN PULANGAN WANG jika doa tidak makbul?

Leave a Reply

error: Content is protected !!