Bahasa Malaysia Ke-39 Paling Seksi Di Dunia
Bahasa Malaysia seksi? Janggal mendengarnya bukan? tetapi itulah dapatan daripada kajian yang dibuat oleh sebuah portal pelancongan antarabangsa, Big 7 Travel Media yang mempunyai 1.5 juta pengguna di hampir 60 buah negara seluruh dunia yang meletakkan Bahasa Malaysia ke-39 paling seksi di dunia.
Mungkin bagi kita rakyat Malaysia yang menuturkannya tidak merasai apa-apa tetapi bagi rakyat luar bahasa kebangsaan kita menarik didengari dan mencipta sensasi.
Bahasa Malaysia seksi atau tidak bukan penting kerana ada yang lebih penting iaitu rakyat Malaysia sendiri pun masih ada yang tidak menguasai bahasa kebangsaan dengan baik, itu lebih menyedihkan.
Bahasa Malaysia Ke-39 Paling Seksi Di Dunia
Bahasa Malaysia menduduki tangga ke-39 sebagai bahasa terseksi di dunia, menurut sebuah portal pelancongan terkemuka antarabangsa pada Isnin lalu.
Keputusan itu diraih menerusi kajian yang dilakukan oleh Big 7 Travel Media dengan mempunyai 1.5 juta pengguna di hampir 60 buah negara seluruh dunia.
Mesti Baca: Kereta Terbang Malaysia, Vector Boleh Terbang Ke?

Ia sekali gus jauh mengalahkan Bahasa Jepun yang menduduki tangga ke-42, Thailand (48), Mandarin (43) dan Jerman (46).
Senarai bahasa paling seksi di dunia 2019
1. Bahasa Kiwi ‘Newzild’ (New Zealand)
2. Bahasa Afrika Selatan (Afrika Selatan)
3. Bahasa Irish (Scotland)
4. Bahasa Itali
5. Bahasa Australia
6. Bahasa Scottish (Ireland)
7. Bahasa Perancis
8. Bahasa Sepanyol
9. Bahasa Amerika Selatan
10. Bahasa Brazil-Portugis
39. Bahasa Malaysia
Hebat juga bahasa kebangsaan kita mengalahkan bahasa Asia lain yang nampak lebih gah.
Admin pun tertanya-tanya juga, di mana dan apa yang kriteria yang meletakkan Bahasa Malaysia ke-39 paling seksi di dunia kerana tidak dinyatakan bagaimana mereka membuat analisis dan kajian tersebut.