Awas! Momo Challenge Galak Kanak-Kanak Bunuh Diri

Teknologi maklumat dan komunikasi semakin canggih memudahkan urusan kehidupan seharian tetapi dalam tidak sedar ada bahaya yang tidak diundang. Anda pernah dengar Momo Challenge?

Sejujurnya, admin pertama kali dengar dan baca mengenainya tetapi tergerak untuk menulis perihal Momo Challenge kerana menyedari bahaya media sosial kepada masyarakat.

Agak mengejutkan juga kerana aplikasi Momo Challenge menggalakkan kanak-kanak untuk membunuh diri!

Siapa punya kerja yang terlampau bodoh cipta aplikasi macam ini?

Selepas ini, ibu bapa hendaklah peka dan sentiasa memantau anak-anak yang bermain telifon pintar kerana dikuathiri terlibat dengan aplikasi yang berbahaya ini.

Apakah Momo Challenge?

Aplikasi tersebut mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.

Momo Challenge

Cabaran itu meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar ‘Momo’.

Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri. – Sumber

Sejak akhir-akhir ini memang banyak aplikasi yang pelik-pelik dicipta individu tidak bertanggungjawab yang menggalakkan keganasan, bunuh diri, seks bebas dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah peka dengan aktiviti anak-anak terutama yang kerap bermain dengan telifon pintar. Siasat apakah yang mereka tonton, permainan yang mereka muat turun dan sebagainya.

Jangan nanti anak kita menjadi mangsa kebodohan aplikasi seperti Momo Challenge, mereka masih belum matang. Kita yang kena bertindak!

Leave a Reply

error: Content is protected !!