Bahaya Sultan Ada Kuasa Mutlak – Tun M

Pertelingkahan terbuka di antara Tun Dr Mahathir dengan Istana Johor menjadi hangat apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan balas. Kenyatan terbaru Tun Dr Mahathir menjelaskan bahaya Sultan ada kuasa mutlak. Nampaknya semakin panas isu ini.

Apakah maksud Tun? mengapa bahaya Sultan yang mempunyai kuasa mutlak? bahaya kepada siapa?

Bahaya Sultan Ada Kuasa Mutlak – Tun M

Dalam ucapannya pada satu majlis di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini, Mahathir mengingatkan bahawa raja mungkin menggunakan kuasa untuk kepentingan diri dan bukannya negara sekiranya diberi kuasa mutlak.

Beliau merujuk sejarah tanah air yang menyaksikan keputusan raja-raja menyerahkan Tanah Melayu kepada British dan menandatangani perjanjian yang akhirnya menyebabkan kehilangan Singapura.

Ini kita lihat bila kita beri kuasa mutlak kepada raja-raja, kerana kadang-kadang mereka lebih utamakan kepentingan diri daripada negara yang mereka memerintah. Ini bukan sekali sahaja, ini berlaku berkali-kali,” kata Mahathir.

Mesti Baca: Johor Dalam Malaysia. Kenapa Tak Boleh Campur?

Menurut Mahathir, ini juga sebab mengapa dalam sistem demokrasi berparlimen, raja tidak memiliki kuasa eksekutif.

“Sebab itu kita mengadakan sistem pemerintahan yang mana raja tidak mempunyai kuasa eksekutif dan ini boleh menyelamatkan rakyat.

Melayu Masih Berfikiran Feudal

Tambah beliau bagaimanapun orang Melayu masih berfikiran feudal iaitu mengganggap adalah tidak boleh membantah raja walaupun mereka melakukan sesuatu jenayah atau melanggar undang-undang.

“Dengan itu, raja bertindak melakukan beberapa perkara yang tidak mengikuti undang-undang.

“Tapi sehingga sekarang, kita lihat tidak ada tindakan yang akan diambil oleh pegawai-pegawai kerajaan walaupun mereka sedar bahawa apa yang dilakukan oleh raja bercanggah dengan undang-undang.

“Ini masalah kita hadapi kerana di satu pihak kita akan berpegang kepada the rule of law, di satu pihak yang lain adalah mengatasi undang-undang dan kita ketepikan undang-undang kerana adat.

“Apakah kita rela ini berterusan? Ini adalah keputusan boleh diambil oleh rakyat sendiri kalau rakyat begitu sekali takut untuk tidak melayan raja-raja, dan raja-raja menjadi raja yang luar daripada perlembagaan, maka rakyat akhirnya yang akan menjadi mangsa. Raja juga akan jadi mangsa,” kata Mahathir.

Sumber

Secara peribadi, admin berpendapat kenyataan Tun Dr Mahathir bahaya Sultan ada kuasa mutlak ada kebenarannya juga tetapi seperti yang kita ketahui, Sultan sebagai payung kepada rakyat dalam sesebuah negeri pasti juga mahukan yang terbaik untuk rakyatnya.

Soal menjaga kepentingan diri, admin tidak mahu mengulas panjang. Tidak kira kerajaan atau Sultan, ingatlah kuasa rakyat boleh menjatuhkan siapa sahaja. Sejarah telah membuktikan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!