Jangan Berani Isytihar Baitulmuqaddis Milik Israel!

Baitulmuqaddis Milik Israel??!! Berita yang agak yang agak mengejutkan dunia Islam terutamanya apabila Amerika Syarikat dijangka akan mengumumkan malam esok pengiktirafan Israel untuk memindahkan ibu kota Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Inilah padah yang harus diterima Palestin kerana janji Donald Trump kepada Israel jika menang Pilihanraya Presiden Amerika yang ke-45 tahun lepas.

Baitulmuqaddis Milik Israel

Celaka! itu sahaja admin boleh katakan jika Amerika dan Israel berani bertindak demikian. Sudah tentu umat Islam seluruh dunia akan bangkit dan salah seorang pemimpin yang lantang menghentam Israel iaitu Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan juga telah memberi amaran jika Baitulmuqaddis diiktiraf sebagai ibu negara Israel.

Jangan Berani Isytihar Baitulmuqaddis Milik Israel!

Menurutnya, beliau akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sekiranya Amerika Syarikat pengiktirafan tersebut.

Turki dan Israel memulihkan hubungan diplomatik tahun lepas, enam tahun selepas Turki memutuskan perhubungan dalam protes pembunuhan sembilan aktivis Turki Palestin dalam pertempuran dengan komando Israel di atas kapal yang cuba menghancurkan blokade Israel di Gaza.

Dalam satu ucapan di televisyen, Erdogan berkata, Baitulmuqaddis adalah garis merah buat umat Islam, lapor BBC.

Ucapan secara langsung itu ditujukan kepada Trump.

“Kita boleh putuskan hubungan diplomatik dengan Israel mengenai isu ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Israel, Naftali Bennett berkata, Erdogan tidak melepaskan peluang untuk menyerang Israel.

“Akan selalu ada yang mengkritik, tetapi pada akhirnya, penyatuan Baitulmuqaddis lebih baik daripada simpati Erdogan,” katanya.

Baitulmuqaddis Milik Israel

Trump, pada Rabu akan mengumumkan keputusannya sama ada memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Trump dikatakan telah berbincang dengan beberapa pemimpin dunia sebelum pengumumannya berhubung perkara itu.

Jurucakap Palestin berkata, Presiden Mahmoud Abbas telah memberitahu Trump bahawa memindahkan kedutaan Amerika Syarikat ke Jerusalem akan membawa kesan berbahaya.

Raja Jordan Raja Abdullah turut berpandangan serupa berhubung kenyataan terbabit.

Beliau memberitahu Trump bahawa pemindahan kedutaan itu akan membawa kesan buruk terhadap kestabilan dan keselamatan rantau ini – Sumber

Admin panas hati baca berita ini, dan admin yakin semua umat Islam seluruh dunia tidak dapat menerima berita sebegini.

Jika benar Baitulmuqaddis milik Israel, di mana berbilion umat Islam seluruh dunia? Diam atau bertindak!

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!