Menu

Bajet 2017: Tiada Kenaikan GST

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata tiada kenaikan GST dalam Bajet 2017 yang akan dibentangkan pada 21 Oktober 2016 Jumaat ini.  Ini bermakna Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kekal pada kadar 6 peratus buat masa ini.

Tiada Kenaikan GST

Tiada Kenaikan GST. Kadar Terendah Di Negara ASEAN

Menurut beliau lagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dilaksanakan bermula 01 April 2015 masih kekal terendah berbanding negara ASEAN lain.

Selain itu, kerajaan juga tidak akan membuat sebarang perubahan kepada senarai semasa walaupun mendapat permintaan untuk memasukkan lebih banyak barangan dalam GST.

Bajet 2017: Tumpu 4 Teras

Tumpuan Bajet 2017 terarah kepada empat teras utama iaitu kos hidup, pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan. 

Datuk Johari Abdul Ghani berkata kerajaan akan memastikan setiap wang dibelanjakan memberi manfaat kepada rakyat dan tidak berlaku ketirisan dan pembaziran dana. Sumber

Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan rintihan rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi ketika ini.

Pengumuman tiada kenaikan GST dalam Bajet 2017 memberi sedikit kelegaan terutama kepada golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi tekanan perbelanjaan harian.

Apapun, kita berharap kerajaan akan telus dalam menjaga kebajikan rakyat sesuai dengan prinsip demokrasi “kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat”.

Leave a Reply

error: Content is protected !!