Bajet 2017 VS Bajet Alternatif 2017
Bajet 2017 akan dibentangkan pada hari Jumaat, 20 Oktober 2016 oleh Perdana Menteri Malaysia dan akan disiarkan secara langsung di kaca tv. Bajet Alternatif 2017 juga telah dibentangkan oleh pihak pembangkang untuk perbandingan. Bajet siapa yang terbaik? Jangan terlepas menonton siaran langsung Bajet 2017 nanti.
Bajet Alternatif 2017 Cadang Sifar GST
Di antara tawaran menarik Bajet Alternatif 2017 yang dicadangkan oleh pihak pembangkang iaitu penambahbaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ‘berkadar sifar’.
Bajet pembangkang juga memberi cadangan menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,000 kepada RM1,500 dan mahu memberi subsidi RM250 daripada kenaikan tersebut
Kerajaan melalui Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata akan kerajaan akan kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM30 bilion setahun dan berdepan dengan krisis ekonomi jika menurut Bajet Alternatif 2017 oleh pihak pembangkang.
Baca Juga: Bajet 2017: Tiada Kenaikan GST
Seperti biasa kita akan melihat perseteruan di antara pihak kerajaan dengan pembangkang iaitu bajet siapa paling menguntungkan kerajaan dan rakyat. Semua mahu menjadi juara rakyat apabila tiba pembentangan bajet.
Kerajaan sedia ada perlu mengambil langkah berhati-hati kerana ramai cakap Bajet 2017 mungkin Bajet Pilihanraya memandangkan pilihanraya umum akan berlangsung tak berapa lama lagi.
Bagi pihak pembangkang pula jangan terlalu ghairah dengan cadangan Bajet Alternatif 2017. Mereka perlu menilai sebaik mungkin kesesuaian bajet mereka dengan suasana ekonomi semasa.