Banjir Pahang 2017: Kanak-Kanak Setahun Korban Pertama
Banjir Pahang 2017 mencatatkan korban pertama adalah seorang kanak-kanak berusia 1 tahun 8 bulan yang terjatuh dalam air sedalam 3 kaki di Kampung Medang Hilir, Pekan malam tadi.
Bapa mangsa mengesyaki anaknya terjatuh ke dalam air selepas mendapati pintu rumah terbuka. Keluarga dan jiran membantu mencari mangsa, Siti Nurdawisyah Binti Abdul Rahman dan menemuinya tersangkut di celah pokok di luar rumah kira-kira jam 7.22 malam.
“Bapa mangsa Muhammad Firdaus Sazali, 24, menyedari anak tunggalnya itu tiada di dalam rumah sebelum meminta jirannya membantu mencari di luar rumah yang telah dinaiki air kira-kira satu meter.
Semasa kejadian Muhammad Firdaus dan isteri serta bapa dan ibu mentua dan adik iparnya berada di dalam rumah itu,” kata Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Amran Sidek.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pekan menaiki kenderaan polis untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada 9.17 malam dan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas – Sumber
Mesti Baca: Info Banjir Tepat dan Cepat Di Laman JPS
Takziah kepada keluarga korban pertama banjir Pahang 2017.
Admin rasa sangat sedih dengan berita ini sebab admin pun ada anak hampir sebaya arwah.
Kepada ibu bapa, sentiasa pantau anak-anak terutama ketika banjir sedang melanda.
Admin lihat air banjir ni bahaya sebab arusnya laju. Kalau terjatuh sekejap je hanyut dan peluang nak selamatkan diri atau diselamatkan agak tipis.