Menu

Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Cara Mohon dan Syarat Kelayakan.

Seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), rakyat tertanya-tanya bagaimana cara memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan apakah syarat-syarat kelayakan bagi mendapatkan bantuan tersebut?

UPDATE:

SEMAK KELULUSAN BPN 2.0 DAN CARA PERMOHONAN BARU BPN 2.0

Persoalan tersebut telah terjawab dengan edaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 29 Mac 2020.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Berikut adalah syarat-syarat dan cara memohon BPN. Semak dan pastikan anda benar-benar layak mendapat bantuan tersebut.

Merujuk Kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 billion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 billion bagi golongan rakyat yang layak.

Pembayaran BPN akan dibuat dalam 2 fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan (rujuk gambar)

Bagi mereka yang belum mendaftar, permohonan baru boleh mula dibuat pada 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDN di:

www.hasil.gov.my

bsh.hasil.gov.my

www.treasury.gov.my

Leave a Reply

error: Content is protected !!