Bayar RM1000, Ijazah Siap 1 Hari…

Sekarang ini anda tidak perlu susah payah nak belajar bertahun-tahun, pecah kepala otak nak siapkan tugasan, meminjam PTPTN dan sebagainya kerana dengan bayaran RM1000, anda akan mendapat ijazah dalam masa 1 hari sahaja.

Senang betul kan? Janji ada duit semua boleh jalan zaman sekarang. Bukan setakat kelayakan beli, gelaran pun boleh beli. Opssss…..

Bila disebut ijazah palsu, ijazah beli, gelaran palsu, gelaran beli dan apa lagi yang seumpama dengannya memang buat admin naik darah.

Mesti Baca: Senarai 10 Pekerjaan Paling Stress 2017

Hidup hendak disanjung tetapi menipu dengan gelaran palsu, ijazah palsu, PHD palsu. Bukan orang biasa-biasa yang mendapat kelayakan “beli” ini, ramai nama besar dalam perniagaan, ahli politik, artis dan sebagainya.

Terus terang cakap, admin TIADA rasa hormat kepada orang-orang macam ini sebab admin sendiri tahu betapa pahit maung untuk mendapat segulung ijazah!

Belum dikira pahit maung mendapat pekerjaan dan dikejar PTPTN lagi..

Bayar RM1000, Ijazah Siap 1 Hari…

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam mengambil tindakan segera dengan membuat laporan polis susulan laporan Kosmo! yang mendedahkan aktiviti sebuah sindiket menjual ijazah palsu daripada universiti tempatan pada harga serendah RM1,000.

Dua buah universiti yang menjadi mangsa pemalsuan sindiket itu iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Universiti SEGi (SEGi) turut membuat laporan polis secara berasingan semalam.

ijazah palsu

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, pihaknya memandang serius laporan akhbar Kosmo! berhubung penjualan ijazah palsu kerana ia melibatkan kes penipuan orang awam untuk mendapatkan sijil pengajian tinggi di negara ini.

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Beliau berkata, KPT akan bekerjasama dengan pihak polis bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil berhubung penganugerahan ijazah oleh pihak yang tidak diiktiraf.

“KPT telah membuat laporan polis dan pada masa yang sama turut mengarahkan UiTM dan SEGi membuat laporan yang sama kerana pemalsuan sijil tersebut membabitkan kedua-dua universiti berkenaan.

“KPT ingin menasihatkan orang awam serta agensi agar menghubungi institusi pengajian tinggi berkenaan bagi mendapatkan pengesahan ketulenan sijil yang telah dikeluarkan kepada mana-mana individu,” katanya melalui satu kenyataan kepada Kosmo! semalam – Sumber

Kepada pembeli kelayakan palsu dan gelaran beli, memang anda mendapat sanjungan daripada mereka yang tidak tahu atau taksub dengan anda tetapi di mata orang lain, anda seperti seorang yang tiada harga diri.

Nak maju dalam perniagaan atau kehidupan, gelaran dan kelayakan bukan jaminan kerana berapa ramai jutawan hari ini bermula daripada TIADA apa-apa dan tidak memerlukan semua kelayakan palsu dan gelaran beli itu semua 🙂

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!