Menu

Bayi Lahir 2017 Dijangka Hidup 74.8 Tahun

Baru saja admin terbaca bayi lahir 2017 dijangka boleh hidup sehingga 74.8 tahun. Pada pendapat admin, jika manusia boleh hidup sehingga umur begitu sudah cukup baik memandangkan persekitaran dunia sekarang bukan seperti dahulu dengan pencemaran udadar, air dan wabak penyakit.

Apapun, jom kita baca kajian yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia tentang bayi lahir 2017 boleh hidup sehingga 74.8 tahun ini.

Bayi Lahir 2017 Dijangka Hidup 74.8 Tahun

PUTRAJAYA – Penduduk Malaysia yang dilahirkan pada tahun ini dijangka boleh hidup sehingga berumur 74.8 tahun.

Mengikut Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2015-2017 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan, jangkaan itu meningkat sebanyak 0.5 tahun berbanding 74.3 tahun bagi bayi yang lahir pada 2011.

Menurut jabatan itu, jangkaan hayat bagi perempuan yang lahir pada tahun ini adalah 77.4 tahun manakala bayi lelaki 72.7 tahun.

bayi lahir 2017

“Jangkaan hayat ini terus meningkat dari tahun ke tahun dengan perbezaan 0.6 tahun bagi lelaki dan perempuan berbanding 2011,” kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini.

Mesti Baca: Rahsia Umur Panjang Wanita Tertua Dunia

Katanya jadual hayat itu dijana dengan menggunakan statistik kematian bagi tempoh tiga tahun dan anggaran penduduk pertengahan tahun.

Jangkaan hayat tertinggi mengikut negeri pula dicatatkan oleh Sarawak dengan 75.1 tahun (lelaki) dan 78.6 tahun (wanita), manakala yang terendah dicatatkan oleh Terengganu dengan 68.8 tahun (lelaki) dan 74.6 tahun (wanita).

Ia berkata seorang lelaki yang berumur 65 tahun ketika ini dijangka hidup selama 15.0 tahun lagi dan wanita pula dijangka hidup selama 17.1 tahun lagi. – Sumber

Bayi lahir 2017 hidup sehingga 74.8 tahun cuma jangkaan sahaja.

Apa admin nampak satu saja, jangka hayat perempuan lebih lama daripada lelaki sebab itu perempuan nampak lebih ramai daripada lelaki ketika ini.

Itulah petanda kita di akhir zaman..

Leave a Reply

error: Content is protected !!