Menu

Bayi Mati Di Tangan Pengasuh Akibat Didera

Menyedihkan apabila bayi mati di tangan pengasuh akibat didera dalam kejadian di Kampung Jerai, Kuala Sin Bukit Selambau, Khamis lepas.

Bayi perempuan berusia empat bulan itu mengalami kesan kecederaan seperti pendarahan dalam otak, keretakan pada tempurung kepala dan kesan darah mengalir pada bahagian mata hasil pemeriksaan doktor.

Bayi Mati Di Tangan Pengasuh Akibat Penderaan

Bayi Mati Di Tangan Pengasuh

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, pihaknya menerima laporan daripada doktor yang merawat bayi itu pada pukul 4.30 petang, 27 Oktober memaklumkan menerima pesakit seroang bayi perepmuan yang mengalami sawan dan tidak sedarkan diri serta berada dalam keadaan kritikal.

Bayi tersebut meninggal dunia pada pukul 10.20 pagi Isnin lepas di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Sejurus kemudian polis menahan seorang suspek wanita berusia 40 tahun yang juga pengasuh kepada mangsa sejak Ogos lepas, sehari selepas kejadian bagi mebantu siasatan – Sumber Kosmo Online (06/11/2016)

Takziah kepada keluarga mangsa bayi perempuan ini. Berita bayi mati di tangan pengasuh menyentap perasaan ramai orang kerana bimbang situasi serupa berlaku kepada mereka.

Zaman sekarang hampir semua suami dan isteri bekerja dan menghantar anak mereka kepada pengasuh atau pusat asuhan kanak-kanak. Sedikit sebanyak berita bayi mati di tangan pengasuh membuatkan mereka tidak senang duduk di pejabat.

Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa sentiasa memantau keadaan bayi apabila mengambil mereka daripada pengasuh bagi memastikan bayi dalam keadaan sempurna.

Baca Juga: Anak Susah Makan? Cuba Tips Ini

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!