Menu

Aneh! Bayi Mengandung Kembar Sendiri

Memang aneh! bayi mengandung kembar sendiri sedangkan bayi perempuan tersebut masih dalam kandungan ibunya.

Ianya dianggap perkara paling pelik dan menarik yang kita dapat lihat dalam bidang perubatan.

Aneh! Bayi Mengandung Kembar Sendiri

BARRANQUILLA, Colombia – Seorang bayi perempuan yang masih dalam kandungan dikatakan ‘mengandung’ kembarnya sendiri di dalam perutnya di sini baru-baru ini.

Kejadian aneh itu disedari oleh seorang pakar sakit puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra. Dia mengesan kehadiran janin yang lebih kecil menerusi imbasan ultrabunyi selepas pemeriksaan awal mengesyaki bayi tersebut mungkin mengalami ketumbuhan pada hatinya.

Mesti Baca: Masih Gagal Hamil? Semak 10 Tanda Kemandulan

Bayi bernama Itzamara seberat 3.17 kilogram dilahirkan pada 22 Februari lalu selepas sepasukan pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan Caesarean di klinik La Merced bagi mengelakkan kembarnya terus membesar dan merosakkan organ dalamannya.

Sehari kemudian, pakar-pakar bedah melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kembarnya berukuran 45 milimeter panjang dan seberat 14 gram yang meninggal dunia sebaik tali pusatnya dipotong. Janin tersebut mempunyai tangan serta kaki, namun tidak mempunyai jantung atau otak.

Mesti Baca: 7 Kesan Buruk Anak Asyik Main Gadjet

“Ia adalah perkara paling pelik dan menarik yang anda dapat lihat dalam bidang perubatan,” kata Parra-Saavedra kepada akhbar tempatan, The Herald.

Ibu bayi tersebut, Monica Vega, 33, mulanya tidak mem­percayai perkara itu, namun menerima hakikat itu selepas dia ditunjukkan gambar, video dan bukti saintifik.

Kejadian yang dipanggil fetus dalam fetus itu berlaku kerana kelewatan pembahagian sel menyebabkan kembar tersebut tidak terpisah sepenuhnya. – Agensi

Sumber

Memang aneh dan janggal apabila mendengar bayi mengandung kembar sendiri. Apapun, tiada yang mustahil kerana segalanya telah ditentukan Tuhan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!