Bebas Keluar Daerah Ke Daerah, Tiada Had Masa Lagi
Akhirnya kita bebas walaupun bukan sepenuhnya lagi kerana kerajaan baru sahaja mengumumkan kita bebas keluar daerah ke daerah lain dan TIADA had masa seperti sebelum ini.
Mungkin ini petanda yang kita semaki hampir ke arah menamatkan PKP yang bermula sejak 18 Mac lalu. Kita nantikan tetapi dalam masa yang sama rakyat Malaysia mesti patuh kepada peraturan semasa untuk membendung penularan COVID-19.
Bebas Keluar Daerah Ke Daerah, Tiada Had Masa Lagi
TIADA had masa bagi kenderaan persendirian bergerak selepas jam 10 malam termasuk dari daerah ke daerah.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan perkara itu melalui sidang media harian hari ini.
Melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperkasakan semua pergerakan kenderaan persendirian sudah dibebaskan.

“Ini termasuk pergerakan antara daerah ke daerah juga dibebaskan.
“Jadi tiada had jangka masa untuk keluar dalam peraturan baru ini,” katanya.
Jangan pula terlalu seronok dengan pengumuman ini dengan bebas keluar daerah sehingga menyebabkan jalan raya menjadi sesak dan meningkatan risiko jangkitan COVID-19 kerana sedikit kesilapan akan mengembalikan kita kepada PKP semula. Anda mahu?
Kita masih berharap peluang untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri pula kerana sebelum ini kerajaan tidak membenarkan balik ke kampung sempena hari raya tidak lama lagi.
Semua bergantung kepada situasi semasa jangkitan COVID-19 dan juga kepatuhan rakyat terhadap SOP. Semua mesti berkerjasama!