Belum Dapat BPN? Bila Dapat BPN? Apa Status Permohonan Baru Dan Rayuan?

Masih belum dapat BPN? bila dapat BPN? ini di antara soalan hangat berkaitan Bantuan Prihatin Nasional yang diumumkan kerajaan bagi mereka yang layak.

Ramai yang dalam status permohonan diterima dan menunggu kelulusan rayuan menyemak setiap hari, setiap jam dan minit tertanya-tanya bagaimana dengan nasib mereka? layak ke dapat BPN?

Sehingga kini jutaan permohonan sedang diproses dan pengesahan dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melibatkan permohonan baru dan rayuan.

Belum Dapat BPN? Bila Dapat BPN? Apa Status Permohonan Baru Dan Rayuan?
Belum Dapat BPN? Bila Dapat BPN? Apa Status Permohonan Baru Dan Rayuan?

Jika anda dalam kedua-dua kategori di atas, harap bersabar kerana wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tersebut akan dibayar dalam masa terdekat.

Mesti Baca: Bayaran Khas RM500 Penjawat Awam COVID-19

Sekadar makluman, permohonan baru adalah sebanyak 2.77 juta manakala jumlah permohonan rayuan adalah 274 ribu.

Jadi, LHDN memerlukan sedikit masa bagi memproses jumlah permohonan yang terlalu tinggi.

Belum Dapat BPN? Permohonan Baru Dan Rayuan Dibayar Bulan Mei

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata ia melibatkan sejumlah 2.77 juta permohonan baharu dan 274,000 permohonan rayuan.

“Sehingga 12 April 2020, apabila proses semakan dan permohonan BPN dibuka, adalah didapati jumlah yang diluluskan adalah 8.3 juta penerima. 6.6 juta telah menerima bantuan berjumlah RM4.9 bilion.

“Dalam minggu ini antara 13 hingga 15 April 2020, sebanyak RM750 juta akan disalurkan kepada lebih kurang 1.5 juta penerima.
“Permohonan baharu adalah 2.77 juta manakala jumlah permohonan rayuan adalah 274 ribu.

“Bagi golongan permohonan baharu dan rayuan, keputusan dan pembayaran akan dibuat dalam bulan Mei selepas semakan dan verifikasi dilakukan oleh LHDN,” katanya dalam ucapan khas hari ini – Sumber

Jelas sekarang bagi yang selalu menyemak status permohonan BPN. Tentu hairan mengapa masih belum dapat BPN sedangkan sudah melengkapkan borang.

Jangan bimbang, selesai sahaja LHDN menyemak status permohonan diterima dan rayuan, mereka akan membuat bayaran terus ke akaun penerima bulan Mei nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!