Berhenti Cari Acap, Abang Buat Laporan Polis.

Pencarian Acap yang hilang memasuki minggu ketiga terus menemui jalan buntu walaupun operasi besar-besaran melibatkan 170 anggota keselamatan pelbagai agensi dibuat pada hari Sabtu lalu. Malah, sejak Acap hilang, ramai sukarelawan orang awam yang turun membantu tetapi gagal. Menurut polis, mereka tidak akan berhenti cari Acap sehingga mendapat petunjuk jelas.

Pelbagai teori menjadi buah mulut sejak Acap hilang tanpa bukti sehinggakan sesetengah teori dilihat tidak masuk akal. Selain itu, ada juga laporan yang diterima pelbagai amalan khurafat dilakukan dalam usaha mencari Acap dan membuatkan keluarga Acap tidak senang.

Berhenti Cari Acap, Abang Buat Laporan Polis.

Susulan itu, tular dalam media sosial laporan polis yang dibuat Abang Acap iaitu, Mohammad Azlan Hassan bagi meminta orang awam serta mana-mana pihak sukarelawan yang ingin menjalankan misi pencarian supaya berhenti daripada datang serta memasuki kawasan kampung tempat adiknya disyaki hilang.

Tetapi menurut polis, mereka tidak dapat menghalang orang awam mencari Acap kerana banyak laluan tikus untuk masuk ke kawasan Acap dipercayai hilang.

Mesti Baca: Tiada Petunjuk Acap Hilang, Bukan Sebab Binatang Buas

Mesti Baca: Boleh Ke Manusia Masuk Alam Bunian?

Kalau polis hendak menempatkan anggota bagi menentukan tiada kemasukan orang awam, polis juga tidak boleh menjangkakan orang tempatan di situ yang turut mencari.

Selama ini semasa operasi mencari Acap yang berjalan dari 27 hingga 30 haribulan lalu, orang-orang kampung juga terlibat. Jumlah kesemua pada operasi awal ialah 800 orang termasuk orang kampung, jadi untuk menyekat keluar masuk orang awam memang susah.

Baca Kenyataan Penuh Polis

Kita perlu menghormati permintaan keluarga Acap. Jika ini yang dimahukan, sukarelawan diminta berhenti cari Acap, serahkan sahaja kepada pihak berkuasa.

Jangan bimbang kerana pihak polis tidak berhenti cari Acap sehingga mendapat petunjuk yang jelas merungkai misteri kehilangan Acap.

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!