Berhenti Rokok Atau Dapat COPD

COPD. Apakah bendanya ni? Bunyi macam cerita NYPD Blue je. Apa kaitan dengan rokok? Perokok tegar dan yang baru nak belajar cucuh rokok buat asap gulung-gulung tu boleh baca.

COPD atau penyakit sekatan pulmonari kronik ialah penyakit paru-paru progresif yang membuatkan seseorang sukar bernafas.

Ia berlaku kepada individu berusia 40 tahun ke atas dan disebabkan kesan merokok serta jerebu dalam atmosfera. Gejala umum seperti sesak nafas, pengeluaran kahak berlebihan serta batuk kronik.

Asap rokok, sama ada daripada pengunaan tembakau atau daripada orang merokok, adalah penyebab utama sekatan pulmonari kronik. Penyakit paru-paru ini menjejaskan kesihatan 210 juta orang di seluruh dunia dan dijangka menjadi punca keempat kematian di dunia menjelang 2030.

COPD

Baca tu dijangka menjadi punca keempat kematian di dunia. Ok punca keempat bukan punca utama kematian di dunia betul tak? Cakap-cakap perokok. Liat sungguh noooo…

Gejala penyakit ini akan memberi kesan kepada mereka yang telah berusia sekitar umur 40 tahun tu dah mula terasa kesan daripada merokok ni.

Bukan Lelaki Saja Dapat COPD. Perempuan Pun Sama!

COPD bukan saja dikenali sebagai penyakit ‘lelaki’ tetapi turut dialami golongan wanita pada nisbah yang sama disebabkan peningkatan penggunaan tembakau dalam kalangan wanita.

Pemegang Amanah Yayasan Paru-paru, Datuk Dr Aziah Ahmad Mahayiddin berkata setakat ini tiada ubat yang dapat menyembuhkannya.

“Merokok adalah punca utama COPD tetapi tidak mudah perokok mahu menghentikan tabiat mereka. Hanya dengan berhenti merokok pesakit akan pulih. Kita perlu mendidik serta menyokong mereka dalam usaha berhenti merokok,” katanya.

Gejala COPD Dan Cara Mencegah COPD

Di antara gejala-gejala penyakit paru-paru ini adalah seperti berikut:

  • Sukar bernafas
  • Nafas menjadi pendek (tercungap-cungap apabila bernafas)
  • Berasa seperti tidak cukup udara
  • Kemampuan untuk bersenam berkurang
  • Batuk yang tidak surut walaupun mengambil pelbagai jenis ubat
  • Batuk berdarah atau berkahak
  • Sakit atau tidak selesa apabila menarik dan menghembuskan nafas

Baca Juga: Perhatian Perokok Tegar! Ini Tips Berhenti Merokok

Di antara cara-cara mencegah COPD adalah seperti berikut:

  • Berhenti merokok
  • Elak menjadi perokok sekunder
  • Elak persekitaran tercemar
  • Kurangkan penggunaan bahan kimia industri atau domestik
  • Jika bekerja dalam industri berkaitan kimia, pakai topeng penutup hidung
  • Amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat
  • Kawal penyakit (jika anda menghidap penyakit berkaitan paru-paru)

COPD

Walaupun dianggap sebagai penyakit pada usia tua, anggaran menunjukkan 50 peratus penghidap COPD berusia kurang daripada 65 tahun, menyebabkan peningkatan dalam ketidakhadiran di tempat kerja, persaraan awal dan kurang pembabitan dalam tenaga kerja – Sumber MyMetro (11/12/2016)

Oklah. Rasanya kita dah banyak tengok, baca dan dengar cerita bahaya merokok ni. Dah macam-macam tips berhenti merokok yang kita dah baca. Tak nak berhenti juga terpulanglah.

COPD tiada ubat. Itu je nak beritahu 🙂

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!