Menu

Berita Terkini Pesawat MH370: Pencarian Ditangguhkan

Berita terkini pesawat MH370: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sebentar tadi berkata, keputusan yang dipersetujui bersama oleh kerajaan Australia, Malaysia dan China menangguhkan pencarian pesawat MH370 yang hilang pada 08 Mac 2014 sehingga ada petunjuk baru.

Pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 239 penumpang dan kru itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pesawat yang membawa 12 kru dan 227 penumpang itu hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Berita Terkini Pesawat MH370

Usaha mengesan pesawat MH370 berkenaan digerakkan di kawasan seluas 46,000 kilometer persegi membabitkan tiga negara di selatan Laut Hindi.

Mesti Baca: Terowong Genting Sempah Tutup 60 Hari

Sementara itu, AFP melaporkan, kenyataan bersama tiga negara itu menyebut tiada maklumat baharu ditemui bagi menentukan lokasi spesifik pesawat MH370 berkenaan.

Itulah berita terkini pesawat MH370 setakat hari ini. Siapa sangka MH370 yang telah hilang sejak 3 tahun lalu masih tiada sebarang petunjuk jelas lokasi terhempas.

Malah tiada langsung sebarang bukti yang ditinggalkan oleh kru dan penumpang. Ke mana hilangnya? Misteri sungguh.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!