Menu

Bersih 5.0 Diteruskan Kata Penganjur

Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah tetap mahu meneruskan perhimpunan Bersih 5.0 di Kuala Lumpur pada hari Sabtu (19 November 2016) meskipun diberi amaran keras oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Walaupun mendapat pelbagai tentangan daripada NGO dan pihak berkuasa Himpunan Bersih tetap berjalan seperti yang telah dirancang.

Menurut Maria Chin lagi, pihak BERSIH 5.0 telah menghantar dua notis ia­itu pada 28 Oktober November 2016 dan 09 November 2016 lalu bagi memohon permit perhimpunan yang disifatkan beliau sebagai demonstrasi aman untuk menuntut demokrasi.

Bersih 5.0 Vs Baju Merah

Kumpulan Baju Merah diketuai Datuk Seri Jamal Md. Yunos dijangka turut menyertai himpunan ini sebagai “lawan” dan tindak balas kepada penganjuran Bersih.

Bersih 5.0

Kumpulan Baju Merah dilihat bersemangat untuk mematahkan himpunan Bersih 5.0 ini kerana menurut pandangan mereka Bersih menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan yang sah.

Semoga pertembungan dua kumpulan ini tidak mencetuskan huru hara dan menyusahkan penduduk ibu kota.

Rakyat sudah bosan dengan drama kedua-dua pihak. Pro kerajaan dan Anti kerajaan dilihat terlalu banyak bermain politik.

Kuala Lumpur…

Siap sedia esok…

Baca Juga: Kos Bayaran Haji Kekal RM9,980

Leave a Reply

error: Content is protected !!