Menu

Positif COVID-19 Turun Mendadak. Dah Boleh Tamat PKP?

Semalam Malaysia mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 terendah dalam sehari iaitu sebanyak 69 kes berbanding kes sembuh iaitu sebanyak 201. Ini sedikti sebanyak telah menunjukkan kita di landansan yang tepat untuk menghentikan penularan wabak COVID-19. Satu persoalan yang pasti, apakah boleh tamat PKP selepas ini?

Walaupun jumlah kes positif COVID-19 berkurangan mendadak semalam, apakah ianya akan berterusan atau naik semula? berapa jumlah kes yang telah diuji tetapi belum mendapat keputusan?

Positif COVID-19 Turun Mendadak. Dah Boleh Tamat PKP?

Untuk menamatkan PKP bukan satu kerja yang mudah kerana jangkitan wabak ini mesti dipastikan benar-benar telah terhapus. Semua sedia maklum, wabak ini sangat mudah merebak, jika langkah pencegahan seterusnya diabaikan tidak mustahil ianya kembali menjangkiti rakyat Malaysia malah boleh menjadi lebih tidak terkawal.

Positif COVID-19 Turun Mendadak. Dah Boleh Tamat PKP?

Rakyat pastinya tidak sabar lagi mahu kembali kepada rutin harian, bekerja, melancong dan sebagainya, tambahan pula bulan Ramadan semakin hampir, selepas itu Syawal tetapi kesabaran dituntut buat masa sekarang, kita mesti pastikan COVID-19 “ditendang” dari bumi Malaysia.

Mesti Baca: Ingkar PKP? Tiada Lagi Kompaun RM1000, Terus Naik Mahkamah

Oleh itu, teruskan usaha mengikut arahan PKP, kekal tenang berada di rumah dan jangan sesekali menayangkan kebodohan sendiri melawan arahan pihak berkuasa dengan memuat naik gambar atau video terlepas daripada sekatan PKP. Bangga menunjukkan kebodohan sendiri yang akhirnya terpaksa meringkuk dalam lokap?

Ketika artikel ini ditulis, kita ada 10 hari lagi untuk tamat PKP Fasa 3, dengan Ramadan yang dijangka jatuh pada 24 April. Satu pengalaman baru apabila kita terpaksa berpuasa dalam keadaan tiada Bazar Ramadan, tiada solat Tarawih berjemaah dan tiada majlis berbuka puasa sama ada ada bersama keluarga atau rakan.

Itulah penangan COVID-19 yang telah membunuh bukan sahaja nyawa manusia tetapi juga membunuh ekonomi dan ikatan sosial dan masyarakat.

Namun dengan usaha keras kerajaan dan KKM, kejayaan semakin hampir untuk menamatkan wabak ini, mungkin boleh tamat PKP selepas fasa 3 berakhir tetapi segalanya bergantung kepada rakyat Malaysia.

Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!