Bonus Raya 2017 Kakitangan Awam RM500
Hari ini admin terima banyak sekali mesej melalui Whatsapp dan juga terbaca di Facebook yang pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah mengumumkan bonus raya 2017 kakitangan awam sebanyak RM500 dan pesara sebanyak RM250.
Pembayaran bantuan kewangan tersebut dijangka sebelum 09 Jun ini bagi kakitangan awam yang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan sahaja.
Walaupun “suara” penjawat awam melalui CUEPACS memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus raya 2017 kakitangan awam RM1000 tetapi seperti biasa kerajaan mampu memberi setakat RM500 sahaja.
Bagi kakitangan kerajaan di bawah kerajaan negeri, pengumuman bonus raya biasanya akan dibuat sebaik sahaja pengumuman kerajaan persekuatan dibuat.
Menariknya, kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang kerap memberikan bonus raya melebihi kerajaan persekutan. Kita tunggu dan lihat dalam masa terdekat ini 🙂
Mungkin ada yang kecewa kerana mengharapkan lebih daripada tahun-tahun sebelum ini tetapi bersyukurlah kerana sesetengah kakitangan swasta tidak merasai bonus atau bantuan kewangan untuk persiapan menyambut perayaan.
Bonus Raya 2017 Kakitangan Awam RM500, Bayaran BR1M Bermula 05 Â Jun
Selain itu, Perdana Menteri juga baru sahaja mengumumkan berita gembira kepada rakyat melalui Facebook beliau yang Bayaran BR1M 2017 Peringkat Kedua Diawalkan Mulai 5 Jun.
Jika anda penerima BR1M dan bonus raya 2017 kakitangan awam, ini seperti durian runtuh. Jangan gelap mata pula dan berbelanja boros. Ada duit lebih boleh buat simpanan untuk digunakan semasa “sesak” nanti.
Jumlah dan tarikh pembayaran bonus raya 2017 kakitangan awam sudah diumumkan. Walaupun ramai yang berharap dapat lebih daripada RM500, bersyukurlah wahai kakitangan awam semua.
Begitu juga dengan pembayaran BR1M peringkat kedua diawalkan supaya semua rakyat negara kita yang berhak menerimanya dapat membuat persiapan hari raya Aidilfitri kira-kira 3 minggu sahaja lagi.