Bonus Raya 2017 Peneroka Felda RM500, Dividen FGV RM280

Kerajaan baru saja mengumumkan bonus raya 2017 peneroka Felda untuk meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri kira-kira dua minggu saja lagi.

Bagi kakitangan swasta, jangan berduka dengan berita bonus raya ini. Rezeki anda mungkin datang dalam bentuk lain dan siapa tahu anda akan dapat bonus juga daripada majikan nanti. Kita sama-sama berdoa ok 🙂

Bonus Raya 2017 Peneroka Felda RM500, Dividen FGV RM280

KULAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan Insentif Raya sebanyak RM500 kepada setiap keluarga peneroka Felda bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Beliau berkata, dividen Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sebanyak RM280 juga akan diberikan kepada setiap peneroka Felda.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pembayaran insentif itu melibatkan peruntukan sebanyak RM47.28 juta manakala peruntukan dividen berjumlah RM26.4 juta akan diserahkan kepada 94,555 peneroka.

Bonus Raya 2017 Peneroka Felda

“Bayaran insentif Hari Raya ini, saya mahu jelaskan, kita akan bayar kepada semua yang berurusan dengan Felda sahaja…yang tidak berurusan, hendak saman Felda, minta maaflah…tidak termasuk,” kata beliau ketika berucap pada majlis Sambutan Ihya’ Rahmat Ramadan Felda peringkat kebangsaan di Felda Sungai Sayong di sini, Sabtu.

Perdana menteri turut mengumumkan pemberian sagu hati sebanyak RM400 kepada pengerusi masjid, RM500 (imam), RM300 (bilal) dan RM200 (siak) yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM674,400 manakala bagi surau utama pula, imam akan menerima sagu hati sebanyak RM500 dan bilal sebanyak RM300.

Najib berkata, kerajaan juga akan memberikan insentif khas di antara 10 hingga 30 peratus daripada gaji pokok kepada 3,625 kakitangan Felda bulan ini, sebagai menghargai jasa mereka berkhidmat dengan agensi persekutuan itu.

Mesti Baca: Harga Bilik Hotel Naik RM2.50 Ke RM20 Mulai 01 Julai 2017

Selain itu, insentif tambahan sebanyak 10 peratus daripada gaji pokok turut diberikan kepada petugas di barisan hadapan iaitu kakitangan rancangan.

“Jadi, bermakna dia dapat dua (bonus dan insentif),” kata beliau.

Perdana menteri juga mengumumkan empat rancangan Felda dalam Parlimen Tenggara iaitu Felda Bukit Ramon akan menerima peruntukan RM1.35 juta, Pasir Raja (RM700,00), Sungai Sayong (RM2.2 juta), Bukit Besar (RM2.2 juta) untuk pembinaan jalan sepanjang 13.7 kilometer.

Dalam pada itu, Najib menyatakan persetujuannya supaya jalan-jalan raya perkampungan Felda di Johor diselenggarakan mengikut Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).

Bonus Raya 2017 Peneroka Felda

Persetujuan itu dibuat atas permohonan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi membantu penyelenggaraan jalan-jalan raya bagi kawasan berkenaan berikutan penyerahan hak milik tanah-tanah berkenaan kepada peneroka-peneroka Felda.

Mesti Baca: Urusan ASB Tidak Perlu Buku Mulai 28 Jun, Kad Pengenalan Cukup

Terdahulu, dalam ucapannya, Mohamed Khaled berkata pada masa ini, tidak ada perbezaan di antara perkampungan Felda yang telah mendapat hak milik dan perkampungan-perkampungan lain di Johor.

“Maka, adalah wajar jalan-jalan di kampung-kampung Felda yang berhak milik ini diiktiraf statusnya sama seperti kampung-kampung lain yang diselenggara di bawah Marris,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abd Samad; Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ,Datuk Halimah Sadique dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim. – Sumber

Seronok dapat duit raya betul tak?

Jangan merungut banyak atau sedikit, apa yang kita dapat tu bersyukurlah.

Ramai lagi yang tak dapat bonus raya ni terutama kakitangan swasta.

Admin nak ingatkan satu perkara penting!

Bonus raya 2017 peneroka Felda ini untuk peneroka dan yang ada urusan dengan Felda saja..

Bagi yang tiada urusan atau terlibat dengan menyaman Felda TIDAK dapat duit raya ini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!