Menu

Bonus Raya 2019 Kakitangan Awam

Dalam tidak sedar Ramadhan 2019 hampir menamatkan minggu pertama. Seperti biasa, selain menumpukan ibadah dalam bulan mulia ini, umat Islam sudah mula memikirkan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi kakitangan awam, persoalan yang bermain ketika ini berapa jumlah bayaran Bonus Raya 2019?

UPDATE: Jumlah bayaran Bonus Raya 2019 kakitangan awam adalah sebanyak RM450 daripada gred 54 ke bawah dan RM225 kepada pesara yang dibayar pada 24 Mei 2019.

Bonus 2017 kakitangan awam

Kerajaan mendefinisikan bonus raya kakitangan awam sebagai bantuan khas Aidilfitri. Tahun 2018, Pakatan Harapan yang baru sahaja mengambil alih pemerintahan negara memberikan Bantuan Khas Aidilfitri kepada Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 dan ke bawah sebanyak RM400 seorang dan pesara kerajaan sebanyak RM200.

Siapa Yang Layak Menerima Bantuan Khas Aildilfitri?

Sumber yang dipetik daripada Astro Awani, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2018 menyenaraikan pegawai yang layak mendapat bantuan khas Aildilfitri adalah:

  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan perkhidmatan kontrak
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji
  • Guru interim
  • Pekerja Sambilan Harian yang layak mengikut kontrak
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak, pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya dan pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya dengan pembayaran bantuan khas itu dibuat oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

Berapa Bonus Raya 2019 Kakitangan Awam?

Berapa jumlah bonus raya 2019 masih menjadi tanda tanya dan teka-teki. Melihat kepada penerima Bantuan Khas Aidilfitri 2018, tidak semua kakitangan awam mendapat durian runtuh tersebut.

Mesti Baca: Kereta Tak Boleh Start? Jangan Gelabah…

Bonus Raya 2019

Kakitangan awam dapat menerima dengan hati terbuka jumlah bonus raya ketika itu kerana Pakatan Harapan baru sahaja membentuk kerajaan yang memerlukan penelitian aspek kewangan dan sebagainya.

Selepas genap setahun, kakitangan awam pasti mengharapkan jumlah Bonus Raya 2019 yang lebih daripada 2018, sekurang-kurangnya RM500 kerana itu jumlah yang diterima sebelum PH menjadi kerajaan.

UPDATE: Jumlah bayaran Bonus Raya 2019 penjawat awam adalah sebanyak RM450 daripada gred 54 ke bawah dan RM225 kepada pesara yang dibayar pada 24 Mei 2019.

Mesti Baca: Pakai Kanta Lekap? Beringat Sebelum Kena!

Leave a Reply

error: Content is protected !!