Sah! Brunei Laksana Hukum Hudud

Brunei laksana hukum hudud? Ya benar! ianya menjadi kenyataan bermula bulan April 2019, secara rasminya Brunei menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan hukuman syariah.

Walaupun mendapat tentangan terbuka daripada negara-negara barat, malah selebriti barat secara terang mengajak negara lain memulau negara Brunei tetapi itu bukan penghalang kepada Sultan Hassanal Bolkiah melaksanakan hukum hudud.

Brunei Laksana Hukum Hudud, Pertama Di Asia Tenggara

BANDAR SERI BEGAWAN – Brunei mula melaksanakan hukum hudud termasuk hukuman rejam terhadap penzina dan pelaku hubungan seks gay.

Undang-undang syariah di negara yang diperintah oleh Sultan Hassanal Bolkiah itu dikuatkuasakan semalam selepas penangguhan selama beberapa tahun.

Mesti Baca: Pengertian Islam, Iman, Ihsan Dan Asas Membentuk Islam

Hukum hudud termasuk memotong tangan pencuri itu menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama melaksanakan undang-undang syariah sekali gus menyertai beberapa negara Asia Barat seperti Arab Saudi.

Dalam titah baginda, Sultan Hassanal menggesa supaya pendidikan Islam dipertingkatkan tetapi baginda tidak menyebut mengenai undang-undang baharu itu.

Baginda yang menduduki takhta selama lebih lima dekad juga menyatakan bahawa Brunei merupakan sebuah negara yang adil manakala persekitaran untuk pelawat adalah ‘selamat dan harmoni’.

Beberapa pegawai kerajaan kemudian mengesahkan bahawa hukum hudud mula dikuatkuasakan di negara itu. – AFP

Sumber

Sah Brunei laksana hukum hudud. Tahniah Sultan Hassanal Bolkiah kerana sangat berani dan menjadi contoh kepada negara Islam lain. Pedulikan cacian daripada orang yang menentang terutama golongan selebriti dan LGBT.

Semoga Malaysia akan menjadi negara kedua di Asia Tenggara melaksanakan hukum hudud satu hari nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!