Buat Duit Online Affiliate Mudah Tak?

Buat duit online affiliate adalah salah satu cara paling mudah untuk membuat pendapatan tambahan. Tidak kira anda siapa sama ada suri rumah, pelajar, pekerja sepenuh masa, penganggur atau anda memang berniat membuat pendapatan sampingan secara online dan tidak perlu berjumpa dengan orang seperti MLM.

Serius! buat duit online affiliate sangat lumayan jika kena pada caranya. Mengikut pengalaman admin sendiri yang telah terlibat dengan bisnes online melalui pemasaran affiliate sejak 2009, entah berapa puluh ribu telah dihasilkan atau mungkin mencecah ratusan ribu ringgit komisen kerana tidak direkodkan secara tepat.

Tetapi untuk menghasilkan komisen puluh atau ratus ribu itu admin telah terlibat dengan pelbagai program affiliate, kalau satu dua program sahaja memang agak sukar untuk dapat komisen sebanyak itu tetapi tidak mustahil dengan satu program affiliate sahaja anda boleh meraih komisen sebanyak puluh ribu ringgit. Tak percaya?

Untuk makluman ini salah satu hasil jualan program affiliate yang admin sertai. Pada tahun 2014 sahaja admin berjaya meraih jualan sebanyak RM33,450.00 (ID 18) dengan komisen sebanyak RM19,000.00.

Ini jualan tahun 2014, kalau dihitung sejak tahun 2009 sehingga artikel ini ditulis entah berapa puluh ribu komisen telah dihasilkan. Untuk makluman, ini adalah program affiliate kerjaya anjuran Tim Infokerjaya.

Kalau dicampur program affiliate lain yang tidak direkod admin sendiri pun tidak ingat entah berapa banyak komisen affiliate telah dihasilkan.

Buat Duit Online Affiliate Mudah Tak?

Soalan ini kalau ditanya admin sendiri, boleh jadi mudah dan boleh jadi susah. Sebenarnya, apa sahaja yang kita lakukan sama ada bisnes offline atau online memerlukan ILMU dan MODAL.

Tanpa MODAL anda masih boleh membuat duit online affiliate kerana banyak program affiliate tidak memerlukan anda membayar yuran pendaftaran atau dalam erti kata mudahnya PERCUMA sahaja.

Tetapi, TIADA ILMU pemasaran dan cara anda mempromosikan program affiliate yang disertai memang hasilnya mengecewakan atau sedikit sangat atau tiada langsung.

Pendek kata, anda wajib ada ilmu pemasaran affiliate, barulah boleh hasilkan komisen affiliate yang lumayan. Percayalah! anda buat promosi membabi buta, tiada hala tuju dan main hentam sahaja memang tidak akan mendapat hasil yang diharapkan.

Secara ringkasnya, proses buat duit online affiliate adalah seperti berikut;

Daftar Affiliate —> Promosi Link Affiliate (Facebook, Page, Blog, Email, Whatsapp Dll) —> Jualan Terhasil (Dapat Komisen)

Nampak mudah sahaja jalannya betul tak? tetapi ianya TIDAK seperti yang anda mimpikan. Lebih ramai yang kecewa buat duit online affiliate kerana dapat hasil yang tidak memuaskan selepas promosi bagai nak “rak”.

Seperti yang admin katakan di awal tadi, ILMU pemasaran online wajib ada untuk mendapatkan komisen lumayan dengan program affiliate.

Mesti Baca: Cara Buat Duit Dengan Blog (Google Adsense)

Kunci UTAMA untuk meraih jualan yang banyak dengan affiliate adalah mengumpul data prospek atau database dalam bentuk email atau no. telefon (buat kumpulan Whatsapp atau Telegram). Kemudian, anda boleh sentiasa berhubung dengan prospek untuk promosi (follow up) dan tukarkan mereka menjadi pelanggan.

Peratusan kejayaan meraih komisen affiliate yang tinggi adalah melalui data pelanggan yang anda kumpul. Serius! jika anda promosi membabi buta di Facebook, Whatsapp atau di mana-mana sahaja tanpa hala tuju memang susah nak dapat jualan.

Bagaimana kumpul data prospek atau database? Untuk admin terangkan semuanya di sini agak sukar, jadi admin cadangkan anda baca perkongsian daripada sahabat admin, Tuan Oswald Justin yang dahulunya seorang chef dan kini menjadi seorang usahawan online sepenuh masa, beliau juga sangat aktif sebagai agen affiliate yang buat pendapat lumayan dalam ringgit dan dollar.

Tuan Oswald Justin ada menyediakan rujukan lengkap bagaimana buat duit online affiliate. Semuanya diterangkan daripada awal, langkah demi langkah sehingga aspek promosi dan bagaimana mengumpul data pelanggan.

Nak info lanjut dan baca perkongsian Tuan Oswald Justin tentang bagaimana Panduan Affiliate Simple Tapi Power?

Masukkan NAMA dan EMAIL anda di bawah sekarang. Nanti admin berikan LINK KHAS untuk masuk ke website beliau.

Admin tegaskan di sini, SEMUA orang boleh belajar buat duit online affiliate tidak kira apa status anda. Jom mulakan langkah sekarang! buat duit online secara separuh masa atau sepenuh masa, anda tentukan!

Leave a Reply

error: Content is protected !!