Calon Presiden FAM Yang Mana Pilihan Anda?
Selepas tarikh pencalonan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berakhir secara rasmi pada pukul 5 petang semalam, empat tokoh dipilih sebagai calon Presiden FAM yang baru.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, sebanyak 20 Ahli Gabungan FAM telah menghantar pencalonan dan hanya empat nama yang disenaraikan untuk merebut jawatan Presiden FAM yang keenam pada pemilihan Kongres FAM ke-53, Mac 2017.
Namun, fasa pencalonan ini belum disahkan secara rasmi kerana ada calon Presiden FAM tidak tahu mereka berada dalam senarai akhir.
Baca Juga: Piala Dunia: Dari 32 Kepada 48 Pasukan Bertanding
Proses seterusnya ialah pada 20 Februari nanti, pihak sekretariat akan mengeluarkan borang pengesahan dan semua calon Presiden FAM yang dipilih ini perlu memberi maklum balas sama ada berminat untuk bertanding atau tidak.
Siapa Empat Calon Presiden FAM Yang Baru?

Tengku Mahkota Johor ,Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 33 tahun

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, 41 tahun

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, 61 tahun

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat, 66 tahun
Admin lihat ini adalah suatu pertandingan yang menarik. Ini kerana, ada dua tokoh yang sering berbalas-balas kenyataan sejak akhir-akhir ini berkaitan dengan calon presiden FAM iaitu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
Pertembungan dua tokoh ini pasti hangat jika ianya menjadi kenyataan. Walaupun dipilih sebagai calon Presiden FAM tetapi ianya masih belum muktamad. Bergantung kepada mereka sama ada berminat atau tidak nanti.
Baca Juga: Apa Sebab JDT Mario Gomez Berpisah?
Tetapi, pada pandangan admin Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga sesuai untuk menjadi Presiden FAM kerana beliau nampak aktif dengan aktiviti belia dan sukan sesuai dengan jawatannya.
Jika melihat kepada situasi semasa memang ramai yang mahu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi Presiden FAM kerana kelantangan baginda mengkritik kepimpinan FAM sejak akhir-akhir ini. Mungkin baginda paling sesuai untuk jawatan ini kerana kita mahu idea baru yang segar untuk menaikkan semula bola sepak Malaysia seperti mana baginda lakukan terhadap pasukan JDT.
Apapun, kita tunggu dan lihat saja siapa yang akan sah menjadi calon Presiden FAM nanti ok 🙂