Calon PRN Sabah 2020 Blok Kerajaan (Perikatan Nasional) dan Blok Pembangkang (Warisan & Pakatan Harapan)

Di antara persoalan hangat menjelang hari penamaan calon PRN Sabah 2020, siapakah yang akan bertanding daripada blok kerajaan (Perikatan Nasional) serta blok pembangkang (Warisan dan Pakatan Harapan)?

PRN Sabah 2020 menyaksikan sebanyak 73 kerusi DUN akan dipertandingkan yang dijadualkan pada 26 September ini. Hari penamaan calon ditetapkan Sabtu ini, 12 September manakala hari mengundi awal, 22 September.

Calon PRN Sabah 2020 Blok Kerajaan (Perikatan Nasional) dan Blok Pembangkang (Warisan & Pakatan Harapan)

Calon PRN Sabah 2020 Blok Kerajaan (Perikatan Nasional) dan Blok Pembangkang (Warisan & Pakatan Harapan)
Kredit: Sinar Harian

Semua calon Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 akan diketahui dalam masa terdekat ini. Bagi pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi UMNO, PAS, BERSATU dan parti-parti yang menyokong PN, keputusan siapa calon yang akan bertanding dijangka diketahui pada hari Khamis, 10 September 2020.

Mesti Baca: Bahasa Malaysia Ke-39 Paling Seksi Di Dunia

Bagi pihak pembangkang pula yang kini dikenali sebagai PH Plus diketuai WARISAN, PKR, DAP dan parti-parti yang menyokong PH Plus, kita nantikan juga siapakah calon yang akan mewakili mereka untuk mengambil semula pemerintahan negeri Sabah akibat kemelut politik baru-baru ini.

Apakah Sabah akan dirampas oleh blok kerajaan Perikatan Nasional atau kembali kepada Warisan yang disokong oleh Pakatan Harapan Plus?

Rakyat Sabah akan menentukan pilihan mereka, hormati keputusan rakyat dan diharapkan selepas ini tiada lagi timbul kisah “katak”, melompat sana sini, pancing memancing, sampai bila kita perlu hadap kisah ketamakan ahli-ahli politik ini?

Tunggu maklumat lanjut yang akan dikemaskini dalam masa terdekat sebaik sahaja mendapat pengesahan rasmi siapakah calon PRN Sabah 2020.

Leave a Reply

error: Content is protected !!