Menu

Bagaimana Cara Ajar Anak Tidur Awal?

Ibu bapa mana yang tak runsing apabila berhadapan dengan anak tak kira bayi atau kanak-kanak susah tidur. Macam-macam cara dilakukan untuk menidurkan mereka tetapi gagal. Bagaimana cara ajar anak tidur awal?

Sebelum kita mengetahui cara untuk menidurkan anak yang suka tidur lewat, penting untuk kita tahu apakah akibat yang terjadi jika anak tidak dapat tidur yang secukupnya?

  • Kerosakan otak pada jangka panjang yang tidak dapat dipulihkan
  • Masalah berkaitan tahap tumpuan atau pemprosesan maklumat.
  • Mengalami masalah membuat keputusan, cara mengatasi masalah, mengawal emosi dan kelakuan serta mengendali perubahan semasa.
  • Kemurungan yang menjurus kepada bunuh diri dan kelakuan berisiko melampau.
  • Mudah marah, mengamuk dan bersifat mendadak, mengalami kemurungan, sedih dan tidak mempunyai motivasi diri.
  • Mengalami masalah kurang fokus, gagal dalam pembelajaran atau mudah rasa tertekan.
  • Masalah emosi yang tidak stabil dan penurunan kemampuan untuk mengawal perasaan marahnya.

Cara Ajar Anak Tidur Awal

Cara Ajar Anak Tidur Awal

Mesti Baca: Manfaat Tidur Siang (15-30 Minit) Sehari

Mesti Baca: 6 Cara Rapatkan Hubungan Dengan Anak (Ibu Bapa Bekerja)

Antara langkah menggalakkan bayi atau kanak-kanak tidur awal supaya mereka mendapat tidur mencukupi:

  • Biasakan si kecil masuk ke bilik pada jam 9 malam. Anda boleh mengajak mereka berbual atau cuba bacakan buku cerita bersesuaian.
  • Jangan kerap membawa atau membiasakan si kecil keluar lewat malam terutama ke tempat tidak sesuai.
  • Disiplinkan si kecil secara konsisten untuk tidur pada waktu yang sama setiap hari.
  • Biasakan mereka tidur dalam keadaan gelap bagi mendapatkan tidur yang nyenyak.
  • Keadaan tempat tidur haruslah tidak terlalu bising dan selesa bagi memberikan ketenangan.
  • Bersihkan badan si kecil terlebih dulu, lap badannya menggunakan air suam sebelum menukarkan baju, lakukan urutan ringan menggunakan minyak bayi dan pastikan lampin pakai buang mereka masih kering.
  • Boleh juga pasangkan muzik bersesuaian secara perlahan di dalam bilik seperti ayat al-Quran atau lagu kanak-kanak.

Ibu bapa hendaklah mula ajar anak tidur awal sejak kecil supaya menjelang masuk alam persekolahan mereka telah biasa dilatih tidur awal.

Jangan bagi anak main telefon atau gadjet sebelum tidur, kalau terbiasa ianya menjadi punca mereka tidur lewat malah boleh merosakkan mata.

Sumber Artikel

Leave a Reply

error: Content is protected !!