Boleh Ke Manusia Masuk Alam Bunian?

Berita kehilangan Acap atau nama sebenarnya Mohamad Ashraf Hasan yang sudah memasuki dua minggu menggemparkan negara. Kali terakhir Acap dilihat ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak. Kemudian, hilang tanpa meninggalkan petanda walaupun segala jentera kerajaan, pasukan penyelamat dan orang awam membantu mencari beliau. Di mana Acap? hidup atau telah meninggal dunia? jika masih hidup di mana beliau sekarang? pendapat awam mengatakan Acap disembunyikan orang Bunian. Satu pertanyaan bagi menjawab Misteri Kehilangan Acap, boleh ke masuk alam Bunian?

Admin tergerak mencari info yang mungkin memberikan sedikit pengetahuan tentang alam Bunian dan terjumpa satu laman Facebook Paranormal Hunter Brunei. Benar atau tidak nukilan tersebut admin cuba kongsikan, terpulang kepada anda untuk membuat penilaian. Mungkin anda memilik pengalaman dengan orang Bunian? boleh kongsikan kepada admin, tinggalkan komen di bawah.

Bagaimana Manusia Masuk Alam Bunian? Boleh Ke?

Ya, manusia boleh masuk ke alam bunian. Tetapi setiap apa perkara pun, perlukan caranya. Ilmu pengetahuan sahaja tidak mencukupi dan menjadi syarat untuk memudahkan sesuatu itu terjadi. Dan sesungguhnya segala yang berjaya itu adalah dengan izin Allah jua. Orang-orang yang dipermudahkan baginya ke masuk alam Bunian adalah:

1. Bersaudara Dengan Orang Bunian

Orang yang mempunyai pertalian darah(keluarga) dengan orang yang hidup di alam bunian. (Yang hidup di antara mereka, tinggal dalam erti kata telah menjadi seperti mereka). Jadi mereka inilah yang mempunyai kelebihan yang lebih dari yang lain untuk masuk alam bunian dengan mudah.

Namun ada permasalahannya di sini. Sebagai contoh, Ali mempunyai saudara kandung yang diambil oleh golongan bunian ini sewaktu dia lahir dan katakanlah dinamakan dia Abu. Maka Ali ini lebih utama dalam kategorinya untuk masuk alam bunian.

Dengan meminta abang kandungnya membawa dia ke alam bunian tersebut (syaratnya dia (Ali) masih berhubung dengan saudaranya itu (kerana dalam hal yang sedemikian, ianya sama saja dengan persaudaraan dikalangan manusia itu), yang mana orang dapat melupakan saudaranya dikala senang dan begitu jugalah sebaliknya.)

Boleh Ke Masuk Alam Bunian?

Jangan salah faham apa yang admin sifatkan “mudah atau lebih mudah” itu. Sebenarnya mudah dalam erti katanya di sini ialah tidak mustahil untuk dilaksanakan. Bukan bermakna mudah itu bererti sangat senang.

Dan bila admin katakan dalam soal yang berkaitan dengan alam bunian
ini adalah susah. Bukan bererti susah mengerjakannya, namun ianya dua kali lipat lebih daripada itu sehingga ianya hampir mencapai kepada maksud ‘mustahil’ untuk dipercayai.

2. Bersahabat Dengan Orang Bunian

Secara kasarnya manusia tidak digalakkan berkawan atau bersahabat dengan golongan jin ini. Dan orang bunian ini adalah salah satu suku kaum jin yang mungkin ianya wujud selepas daripada suku-suku jin yang lain. Namun sifatnya juga lebih cenderung kepada jin yang asal itu juga.

3. Khadam Bunian

Mempunyai khadam dari kalangan bunian itu sendiri. Namun perlulah diingat tahap-tahap pertolongan khadam ini tertakluk pula kepada kemampuan khadam itu sendiri.

Jika khadam itu dari yang berkedudukan tinggi maka lebih banyak tugas yang mampu dia laksanakan. Jika khadam itu tergolong daripada golongan yang bodoh dan tidak berpelajaran tinggi, maka ianya hanyalah menyusahkan sahaja dan bukan memudahkan kerja seseorang itu.

4. Orang Yang Mempunyai Amalan Tertentu

Seperti yang kita tahu, di zaman Nabi Sulaiman a.s seorang ahli kitab telah mengalahkan kehebatan jin dari bangsa ifrit dengan kemampuan membawa istana Ratu Balqis dengan lebih pantas dan cepat seterusnya diletakkan di dalam istana Nabi Sulaiman a.s.

Kesimpulannya di sini ialah manusia ini boleh menjayakan dengan lebih baik sesuatu pekerjaan itu dari golongan jin yang sedang perkara itu dilebihkan kepada golongan itu(jin).

Boleh Ke Masuk Alam Bunian?

Semua itu boleh terjadi dengan hanya pertolongan Allah semata-mata. Namun admin tidak menyertakan amalan-amalan tersebut secara terperincinya di sini.

Selain dari kurang pengetahuan admin dalam bab ini. admin juga berpendapat amalan-amalan tersebut tidak boleh dipelajari dengan hanya membaca sedikit keterangan mengenainya lalu terus mengamalkannya kerana dikhuatiri akan memudaratkan seseorang itu.

5. Orang Yang Disukai Orang Bunian (Dipilih)

Dalam hal ini ianya sedikit berbeza dengan bersahabat. Kerana bersahabat itu hanya melibatkan 2 atau 3 orang sahaja(orang-orang tertentu) sedangkan dalam keadaan ini, manusia itu dipilih dan disukai oleh satu puak atau kampung Bunian ini untuk di bawa masuk alam Bunian.

Seterusnya, dia dibukakan jalan ke arah alam mereka pada waktu-waktu tertentu seperti pada hari keramaian dan kenduri-kendara. Biasanya pada peringkat permulaan, orang terpilih ini tidak menyedari yang dirinya berada dalam alam Bunian sehingga tidak menyedari perbezaan tersebut untuk jangka masa tertentu.

Biasanya orang yang dalam kategori ini akhirnya akan diberi pilihan, untuk berkahwin dengan anak-anak gadis Bunian dan di kenakan syarat jika mahu terus bersama anak dan isteri hendaklah memilih untuk terus tinggal sahaja di alam Bunian secara kekal.

Jika dia memilih untuk tinggal di sana (alam bunian) maka mereka adalah orang-orang yang rugi kerana dengan sendirinya dia telah menghina dirinya kerana manusia itu adalah sebaik-baik kejadian dan dijadikan sebagai manusia itu adalah semulia-mulia tempat malah dilahirkan di dalam islam itu adalah sebesar-besar rahmat.

Namun begitu, rugi dan untung di sini adalah berbentuk subjektif, maka sama ada masuk alam bunian rugi atau untung bergantung kepada individu tersebut, terpulang kepada penilaian masing-masing.

Leave a Reply

error: Content is protected !!