7 Cara Memutihkan Gigi Semulajadi. Tak Perlu Jumpa Doktor..

Nak tahu cara memutihkan gigi secara semulajadi? Tak ramai yang sedar dengan bahan semulajadi kita juga boleh memutihkan gigi bak mutiara. Tak perlu pergi berjumpa doktor gigi, pawang gigi dan sebagainya.

Siapa yang yang tak nak gigi putih betul tak? Selain nampak cantik dan bersih, ianya juga boleh meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai.

Golongan mana yang biasa nampak gigi kuning? Sudah tentu perokok! mereka biasanya memiliki gigi yang kuning kerana bahan yang terdapat dalam rokok seperti tar dan nikotin melekat pada gigi.

Perokok atau sesiapa sahaja yang giginya berkarat eloklah baca artikel ini, mana tahu dapat idea dan cara memutihkan gigi tanpa kos yang banyak.

Cara Memutihkan Gigi Dengan 7 Bahan Semulajadi

Jom kita tengok apakah bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Mungkin kita tak sedar pun benda depan mata selama ini.

1. Makan Makanan Rangup

Makanan rangup mampu menyingkirkan gula atau bahan kimia yang melekat pada gigi. Ini kerana gula dan bahan kimia yang dibiarkan lama pada gigi akan merosakkan warna gigi dan menyebabkan terbentuknya lubang, seterusnya merosakkan gigi.

2. Amalkan Pengambilan Epal Dan Sayuran

Epal diketahui memiliki asid malik yang turut digunakan dalam bahan pemutih gigi bertujuan menyingkirkan kotoran.

Begitu juga dengan strawberi dan oren yang memiliki asid yang boleh membuatkan gigi bersih daripada kotoran.

Strawberi boleh digosok pada gigi untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan. Namun selepas itu, gigi perlu digosok segera dengan ubat gigi berfluorida bagi menguatkan gigi.

Selain itu, sayuran seperti timun, brokoli, saderi dan lobak merah juga berada dalam kategori pemutih gigi semula jadi kerana sifatnya yang rangup membuatkan air liur lebih berkesan untuk membersihkan kotoran.

Mesti Baca: Perokok Tegar! Cuba 5 Tips Berhenti Merokok

Mesti Baca: Tips Kekal Sihat Tun Dr Mahathir

Cara Memutihkan Gigi

3. Berkumur Selepas Makan

Amalan berkumur setiap kali selepas makan boleh menyingkirkan sebarang makanan kecil yang masih terlekat pada gigi seterusnya mengelak gigi kotor dan mereput.

4. Gunakan Lemon

Hasilkan pes dengan mencampurkan beberapa titik lemon dan garam. Sapukan pada gigi ­dengan menggunakan berus dan amalkan untuk beberapa hari bagi melihat kesannya.

Namun, ia perlu disusuli dengan menggosok gigi seperti biasa dengan ubat gigi kerana kandungan asid dalam lemon boleh melemahkan gigi.

5. Makan Keju

Ada kajian mendedahkan makan keju juga cara memutihkan gigi iaitu selepas menikmati hidangan mampu menghalang masalah gigi reput dan membantu gigi mendapat mineral penting seperti kalsium dan fosforus.

6. Berus Dan Flos

Memberus dan flos gigi harus dijadikan amalan harian kerana ia amat penting untuk memastikan gigi sentiasa bebas daripada kotoran, seterusnya mengelak ia bertukar warna menjadi kekuningan.

Lebih ramai memberus daripada flos sedangkan kotoran juga terselit di celah gigi dan tidak boleh dikeluarkan dengan hanya memberus.

7. Penggunaan Soda Penaik

Soda penaik adalah pembersih serba boleh yang mampu memutih dan membersihkan gigi. Soda penaik bersifat menghakis dan boleh merosakkan enamel gigi jika kerap mengamalkannya.

Ambil secubit soda penaik dan campurkan sedikit air bersama garam.

Gosok seperti biasa selama satu minit dan kumur untuk membuang lebihan soda penaik. Lakukan hanya dua kali seminggu dalam tempoh seminit – Sumber 

Itulah 7 cara memutihkan gigi dengan bahan semulajadi. Cuba sahaja mana tahu ianya berkesan. Tak perlu jumpa doktor gigi atau pawang gigi dan bayar mahal-mahal 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!