Cara Menentukan Arah Kiblat Yang Tepat 16 Julai Ini (Buat Sendiri)
Peluang menentukan arah kiblat bukan selalu datang. Pada hari Isnin (16 Julai 2018), matahari berada tepat di atas Kaabah di Makkah pada jam 5.27 petang waktu Malaysia, jom ambil peluang cara menentukan arah kiblat yang tepat di rumah atau di masjid.
Ketika matahari berada tepat di atas Kaabah, bayang-bayang sinaran matahari bagi semua objek yang ada di permukaan bumi pada ketika itu akan menghala ke arah Kaabah dan boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat secara semulajadi.
Jom Buat Sendiri Cara Menentukan Arah Kiblat Yang Tepat
Cara menentukan arah kiblat sangat mudah iaitu kita hanya perlu mencari objek yang berdiri tegak yang dapat menunjukkan bayang-bayangnya apabila terkena sinaran matahari pada waktu itu.
Selain itu, kita juga boleh mendirikan tiang di kawasan bersesuaian dan memastikan tiang berkenaan betul-betul tegak dengan menggunakan peralatan pelaras buih udara yang biasanya digunakan untuk pembinaan bangunan sekiranya tiada objek tegak, selain berpandukan pinggir dinding bangunan yang betul-betul tegak untuk mencari bayang-bayang matahari pada waktu dan tarikh berkenaan.
Tepat pukul 5.27 petang dan sekiranya cuaca baik di mana anda dapat melihat bayang-bayang matahari daripada tiang yang anda dirikan atau daripada pinggir bangunan atau sebarang objek tegak lain, anda perlu melakarkan garisan bayang-bayang matahari yang terbentuk sama ada di atas tanah atau kertas atau sebarang permukaan yang mudah dilukis atau diguris.
Mesti Baca: Cara Mudah Semak Bil Dan Akaun Astro
Mesti Baca: Semak Waktu Solat Secara Online
Mesti Baca: Cara Dan Prosedur Poligami Di Malaysia
Garisan yang telah berjaya dilakar itulah yang merupakan hala ke arah Kaabah atau arah kiblat jika mereka berdiri di satu hujung garisan dan menghadap ke hujung satu lagi garisan pada arah matahari terbenam.
Setelah arah kiblat diketahui maka bandingkanlah dengan arah kiblat yang biasanya anda ikuti sama ada di rumah sendiri atau di masjid dan surau. Sekiranya terdapat perbezaan maka buatlah pembetulan yang sewajarnya – Sumber Bernama
Jom kita ambil peluang keemasan ini!
Cara menentukan arah kiblat yang tepat senang sahaja.
Admin pun mahu mencubanya nanti. Ingat Isnin (16 Julai 2018), matahari berada tepat di atas Kaabah di Makkah pada jam 5.27 petang waktu Malaysia.