Bosan Aku Dengan Penat (Cara Menghilangkan Bosan)
Admin rasa agak bosan ketika ini. Aduhai… macam mana cara menghilangkan bosan ni? Sebab utama badan penat lalu teringatlah puisi bertajuk Tentang Seseorang daripada filem “Ada Apa Dengan Cinta” lakonan Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra. Main gitar bosan.. tengok tv bosan.. Arghhh… bosan.. bosan..
Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,.
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar..
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiriPecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau aku harus lari kehutan
Belok ke pantai..?Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Bosan aku dengan penat. Bosan dengan penat tak mengapa jangan bosan dengan hidup. Itu tanda tinggal berapa kali Jumaat lagi. Bagaimana Cara Menghilangkan Bosan. Ada beberapa tips menghilangkan bosan. Ini mungkin boleh cuba kot.. harap lepas ni tak bosan lagi…..
Cara Menghilangkan Bosan
- Buat sesuatu yang bukan kebiasaan. Ini ada orang cakap buang tebiat. Perkara yang tak pernah buat anda buat. Tak pernah mandi tengah malam anda mandi. Tak pernah basuh kereta tengah malam anda basuh.
- Keluar minum dengan rakan-rakan. Biasa orang cakap lepak mamak dan berborak topik apa pun. Jangan sentuh bab kerja nanti rakan anda pula bosan dengan anda.
- Mengasingkan diri. Baca puisi Tentang Seseorang daripada filem “Ada Apa Dengan Cinta”. Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku, Ku lari ke pantai kemudian teriakku. Boleh cuba lari ke hutan belakang rumah kalau berani. Kalau dekat dengan pantai pergi sekejap kemudian menyanyi. Mesti hilang bosan.
- Tidur. Kalau dah bosan sangat buat apa pun tak jadi baik tidur. Kalau bosan aku dengan penat ubatnya tidur. Kalau tidur pun bosan? Sila pergi meninggal.
- Ada Blog? Tulis apa topik yang terlintas di kepala. Tulis.. tulis dan menulis.. Sampai siap akhirnya hilang bosan. Macam admin buat sekarang. Ok dah siap boleh tidur 🙂
Itulah tips dan cara menghilangkan bosan yang boleh dicuba. Kalau anda ada cara lain boleh menghilangkan bosan komen je di bawah nanti admin cuba.
Baca Juga: Susah Tidur? Baca Cara Tidur Dengan Mudah