Cara Mudah Kawal Belanja Harian
Pening tak sampai cukup bulan gaji belum masuk tapi duit dah hampir habis betul tak? Mana nak korek duit nak buat belanja akhirnya ikat perut. Kalau bujang tak risau sangat tapi kalau dah beranak pinak memang susah hati dibuatnya. Ok di sini ada 4 Cara Mudah Kawal Belanja Harian yang boleh diamalkan. Mungkin lepas ni kurang sesak nafas sebelum gaji 🙂
1) Buat Anggaran Perbelanjaan Harian
Perkara pertama selepas dapat gaji terus buat anggaran perbelanjaan harian. Senaraikan bil-bil yang perlu dibayar, belanja dapur, belanja anak sekolah dan sebagainya. Selesaikan semua dahulu dan jangan tangguh bayar bil. Pastikan anda tolak duit gaji untuk kecemasan mana tahu anak sakit, kereta rosak dan sebagainya.
2) Jangan Guna Kad Kredit Kecuali Bila Perlu
Kad kredit punca ramai menjadi muflis kerana perbelanjaan melebihi kemampuan. Apabila hutang kad kredit melambung dan tak mampu bayar terimalah akibatnya. Jadi gunakan kad kredit apabila perlu sahaja seperti kecemasan . Jadikan amalan penggunaan kad kredit sebagai pilihan terakhir.
Sumber Gambar: http://www.bharian.com.my/
3) Keluar Membeli Belah Bawa Wang Secukupnya
Ini satu cara mudah kawal belanja. Sebelum keluar membeli barang dapur dan sebagainya buat senarai awal apa yang perlu dibeli dan anggaran kos perbelanjaan. Ini dapat mengelakkan anda membeli barangan yang tak sepatutnya.
4) Jadikan Amalan Menabung Secara Harian
Kelebihan amalan menabung kita dah dengar sejak zaman kanak-kanak lagi. Jadikan amalan menabung cara mudah seperti apabila sampai rumah masukkan duit syiling ke dalam tabung khas atau anda boleh tetapkan sehari masukkan RM1 dalam tabung.
Jangan usik duit tabung tersebut! Biarkan saja seperti bukan milik anda. Percayalah apabila anda sesak sangat kehabisan wang cuba korek tabung tersebut pasti anda terkejut hasil tabungan anda selama ini. Lepaslah untuk buat lepas sesak sementara gaji 🙂
Itulah 4 Cara Mudah Kawal Belanja Harian yang mungkin boleh diamalkan. Perbelanjaan harian anda yang tentukan. Jika gaji tak seberapa jangan berbelanja melebihi kemampuan. Biar nampak sederhana yang penting anda tak meminjam duit orang untuk buat belanja dapur.