Menu

Cara Semak Dan Baca Kod Tayar Kereta

Cara Semak Dan Baca Kod Tayar Kereta. Pakai kereta kena ambil tahu juga banyak perkara, bukan tahu pandu sahaja. Apabila terjadi apa-apa masalah, mungkin kita boleh selesaikan sendiri tanpa merujuk kepada mekanik. Salah satu perkara penting dalam komponen kereta adalah tayar.

Cara Semak Dan Baca Kod Tayar Kereta

Mesti Baca: Temperature Kereta Naik? Apa Punca Dan Cara Mengatasi?

Sebenarnya, ramai yang mengabaikan dan tidak mahu ambil tahu bab tayar, nampak botak, dawai keluar atau sebagainya terus tukar tayar baru sedangkan kita boleh melambatkan tayar rosak kalau tahu caranya. Tahu tak cara semak dan baca kod tayar kereta? Penting ambil tahu supaya tak kena kencing dengan penjual.

Jom kita lihat dan ketahui perkara asas bab tayar kereta terutama cara baca kod tayar kereta yang mungkin selama ini kita tak pernah ambil tahu pun.

Cara Semak Dan Baca Kod Tayar KeretaCara Semak Dan Baca Kod Tayar Kereta

 

 

Mesti Baca: Kereta Tak Boleh Start? Jangan Gelabah! Cari Punca

Perhatikan gambar di atas. Inilah kod tayar kereta yang perlu kita ambil tahu. Mungkin selama ini kita abaikan sahaja.

Kalau dilihat pada hujung kod tayar kereta ada huruf yang bermaksud kelajuan maksima yang boleh ditampung oleh tayar kereta anda. Selama ini main hentam sahaja bawa kereta betul tak?

Admin pun sama sahaja. Sekarang baru tahu huruf itu menentukan kelajuan kereta yang sepatutnya kita pandu bergantung kepada jenis dan saiz tayar yang digunakan.

Sekarang anda sudah tahu cara semak dan baca kod tayar kereta. Cuba perhatikan tayar kereta anda sekarang. Adakah ianya sesuai dengan gaya pemanduan anda?

Tips Penting Tayar Kereta Yang Perlu Kita Tahu

Cara Semak Dan Baca Kod Tayar Kereta

Mesti Baca: Tahu Tak Beza Bateri Kering Dan Bateri Basah?

  • Tempoh penggunaan tayar kereta yang baik adalah dalam tempoh 5 tahun daripada tarikh ianya dikeluarkan.
  • Tayar kereta yang melebihi 5 tahun masih boleh digunakan cuma ianya sudah keras yang mungkin mengurangkan keselesaan memandu.
  • Kalau beli tayar baru, pastikan lihat tahun. Dapatkan tahun yang terkini.
  • Sebab anda sudah tahu baca tahun keluaran tayar tersebut mungkin anda boleh tawar menawar harga sebabnya penjual tak boleh kencing lagi.

Itulah serba sedikit asas, tips serta cara semak dan baca kod tayar kereta. Selepas ini, pastikan anda membeli tayar kereta yang sesuai dengan gaya pemanduan dan harga yang berpatutan.

Pendek kata, penjual tayar tak boleh kencing anda lagi 🙂

Mesti Baca: Senarai Hotel Murah Di Cameron Highlands

Leave a Reply

error: Content is protected !!