Cara Solat Tarawih Sendiri, Berjemaah Di Rumah Semasa PKP
Ketika artikel ini ditulis, tinggal empat hari sahaja lagi untuk umat islam menyambut kedatangan bulan seribu rahmat, Ramadan yang dijangka jatuh pada hari Jumaat, 24 April 2020. Semua maklum yang kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April yang tidak membenarkan solat Tarawih berjemaah di masjid atau surau, jadi bagaimana cara solat Tarawih sendiri dan berjemaah dalam tempoh PKP ini?
Jika bukan kerana PKP pun, ada sesetengah hari yang kita tidak dapat solat Tarawih berjemaah di masjid, jadi bolehlah buat sendiri di rumah.
Mesti Baca: Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadan
Mesti Baca: Sebab Dan Cara Mengatasi Mengantuk Di Bulan Ramadan
Walapun kita menyambut Ramadan 2020 dalam suasana yang berbeza, ianya tidak menghalang umat islam untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan solat Tarawih biarpun dilakukan di rumah sahaja. Sesetengah orang berasa agak janggal untuk solat Tarawih di rumah sama ada secara sendiri atau berjemaah, maklumhlah selama hayat hanya dilakukan berjemaah di masjid sahaja.
Cara Solat Tarawih Sendiri, Berjemaah Di Rumah Semasa PKP
Sebelum kita melihat panduan dan cara solat Tarawih di rumah, cuba ingat semula dan hafal niat sebulan puasa Ramadan dan niat puasa esok hari.

Dalam tempoh PKP ini, solat Tarawih hanya dilakukan di rumah tidak kira sendiri atau berjemaah bersama keluarga. Berikut adalah hal ehwal berkaitan cara solat Tarawih sendiri.
1. Waktu Solat Sunat Tarawih
Selepas menunaikan solat fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
2. Rakaat Solat Sunat Tarawih
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak dua puluh rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat sahaja.
Solat sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
3. Rukun Solat Sunat Tarawih
Rukun solat sunat Tarawih ini sama dengan rukun solat yang lain juga.
4. Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih

SENDIRI = “Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini lillaahi Taala.”
MAKMUM = “Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini makmuman lillaahi Taala.”
IMAM = “Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini Imaman lillaahi Taala.”
NIAT : Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
5. Cara Menunaikan Solat Tarawih Untuk Setiap Rakaat
Rukun solat sunat Tarawih ini sama dengan rukun solat yang lain juga. Di bawah adalah cara menunaikan satu rakaat sebelum menyelesaikannya sehingga 8 atau 20 rakaat jika mampu.
- Berdiri Betul
- Niat
- Takbiratul Ihram
- Membaca Al-Fatihah & Surah Pilihan (rujuk dibawah)
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud
- Duduk Antara 2 Sujud
- Sujud
- Bangun Dan Ulang Semula Langkah 1-9
- Duduk Tahiyat Akhir
- Bacaan Tahiyat Akhir
- Baca Selawat
- Beri Salam
- Tertib
Oleh kerana solat Tarawih dilakukan dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki sama ada 8 atau 20 rakaat jika mampu.
Biasanya selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih dahulu sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir.

6. Solat Sunat Witir
Lazimnya, solat sunat witir akan didirikan selepas selesai solat sunat tarawih.
Solat witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).
Lafaz niat solat Witir dua rakaat;

Niat: Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala
Lafaz niat solat Witir satu rakaat;

Niat: Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala
7. Doa Selepas Selesai Solat Witir (Penutup Solat Tarawih)

8. Bacaan Qunut
Pada malam 16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya SAMA dengan lafaz Qunut solat Subuh.
Sempurna sudah panduan atau cara solat Tarawih sendiri dan berjemaah dalam tempoh PKP nanti.
Jika bukan kerana PKP pun, mungkin ada malam yang kita tidak dapat solat Tarawih berjemaah di masjid atau surau bolehlah buat sendiri di rumah.
Sumber:
http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Panduan_Sembahyang_Sunat_Tarawih.pdf
https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-tarawih/