Menu

Cawangan ASNB Buka Setiap Sabtu Minggu Ketiga

Cawangan ASNB Buka Setiap Sabtu Minggu Ketiga. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan membuka semua cawangan mereka di seluruh negara untuk operasi pada hari Sabtu minggu ketiga setiap bulan bermula esok, 21 Januari 2017.

Ianya untuk memudahkan pelabur dan orang ramai yang tidak berkesempatan berurusan dengan ASNB pada hari bekerja atau mereka tidak perlu mengambil cuti semata-mata mahu berurusan dengan ASNB.

“ASNB menyediakan kemudahan ini kerana kami memahami kesukaran pelabur dan orang ramai untuk berurusan dengan ASNB pada hari biasa.

“Kami harap pelabur dan orang ramai akan mengambil kesempatan berurus niaga pada hari Sabtu ketiga ini untuk terus melabur dan merancang kewangan bersama kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin menerusi satu kenyataan hari ini.

Cawangan ASNB Buka Setiap Sabtu Minggu Ketiga Untuk Semua Urusan

Cawangan ASNB Buka Setiap Sabtu Minggu Ketiga

Kesemua 30 cawangan ASNB akan beroperasi mulai 8.15 pagi hingga 4.00 petang bagi semua transaksi unit amanah dan perkhidmatan ASNB, termasuk urus niaga tunai dan bukan tunai.

Mesti Baca: Dividen ASB Dan ASN 2016

Urus niaga yang boleh dilakukan termasuk pelaburan dalam unit amanah ASNB seperti ASB, ASB2, ASM, AS1M, ASW 2020, ASN, ASD, ASN2, ASN3 dan ASG, pelaburan menerusi Skim Ahli KWSP dan pendaftaran Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah.

Pelabur juga boleh mengemas kini buku pelaburan, alamat dan butiran peribadi serta menukar atau menggantikan buku pelaburan – Sumber Kosmo! Online

Jika sebelum ini ramai yang mengeluh kerana tidak mempunyai masa untuk membuat urusan dengan ASNB pada hari bekerja boleh menarik nafas lega.

Jadi, tiada alasan lagi untuk ambil cuti semata-mata mahu berurusan dengan ASNB. Esok, 21 Januari 2017 akan bermula cawangan ASNB buka setiap Sabtu minggu ketiga setiap bulan.

Baca Juga: Belajar Akaun Cara Mudah Dengan Panduan Perakaunan

Leave a Reply

error: Content is protected !!