Cerita Acap Hilang Semakin Dilupakan?
Cerita Acap hilang semakin hari semakin dilupakan, sudah tiada kedengaran kumpulan atau individu yang mencari Acap walaupun pasukan keselamatan masih mencari dalam skala kecil dan tiada lagi teori-teori kehilangan Acap.
Ramadhan 2019 semakin hampir tetapi Acap masih belum ditemui. Adakah beliau masih hidup atau sudah meninggal dunia, tiada siapa yang tahu, tiada langsung petunjuk yang dapat merungkai misteri kehilangan Acap.
Cerita Acap Hilang Semakin Dilupakan?
Acap… di mana dirimu sekarang? misteri kehilanganmu telah menimbulkan pelbagai teori tetapi satupun tidak dapat disahkan.

Teori Acap hilang disorok Bunian memang sukar diterima akal tetapi ianya tidak mustahil kerana banyak kisah yang telah kita dengar. Mungkinkah begitu?
Mesti Baca: Boleh Ke Manusia Masuk Alam Bunian?
Teori Acap jatuh ke tempat yang sukar ditemui seperti gaung yang dalam nampak logik tetapi masih boleh dipertikaikan kerana tiada bukti seperti barang peribadi, bau mayat walaupun ada laporan dijumpai tulang manusia di kawasan Acap hilang tetapi peratusan tinggi bukan milik beliau.
Teori Acap sengaja menghilangkan diri juga menjadi bualan. Logik tak? seperti kisah Villa Nabila. Jika begitu, apakah sebab beliau sengaja menghilangkan diri terlalu lama? hanya tuan tubuh dan Tuhan yang tahu.
Kita hanya mampu berdoa Acap selamat dan kembali ke pangkuan keluarga maklumlah Ramadhan 2019 tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Walapun cerita Acap hilang semakin hari semakin dilupakan, semoga misteri kehilangan ini dapat dirungkai sedikit masa lagi.