Cimbclicks Tidak Selamat? CIMB Jawab….
Sejak semalam tular di media sosial Facebook dan Whatsapp yang mana CimbClicks tidak selamat digunakan kerana akses masuk atau login ke CimbClicks boleh dilakukan walaupun menggunakan kata laluan yang salah.
Gempar juga pengguna CIMB seluruh negara yang aktif menggunakan bank tersebut untuk simpanan atau perniagaan.
Hari ini CIMB telah memberi jaminan kepada pengguna bank tersebut bahawa transaksi dalam talian CimbClicks kekal selamat dengan penambahbaikan ciri-ciri keselamatan.
Cimbclicks Tidak Selamat? CIMB Jawab….
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Portal perbankan dalam talian CIMB Bank Bhd., CIMBClicks dijamin selamat dan semua transaksi pelanggan terus dilindungi.
“Bank itu memaklumkan bahawa pada hujung minggu, memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.
Mesti Baca: Pakai Kanta Lekap? Beringat Sebelum Terlambat!
Mesti Baca: Bahaya Media Sosial Kepada Masyarakat
“Selain memastikan sistem itu kini dapat menampung kata laluan yang melebihi lapan aksara dan sehingga 20 aksara, kami juga telah menambah langkah keselamatan reCaptcha pada CIMBClicks untuk memastikan pengguna bukan bot,” kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan berita dalam media sosial baru-baru ini yang mendakwa portal perbankan dalam talian itu kurang terjamin.
Pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi di talian 03-6204 7788. – BERNAMA
Siapa yang tidak risau kalau duit banyak dalam akaun betul tak? CimbClicks tidak selamat? Harap pengguna CIMBCLICKS berpuas hati dengan kenyataan daripada CIMB tersebut.