Menu

Kenali Ciri-Ciri Sahabat.. “Dia” Bukan Sahabat Jika……. No. 4 Memang Sah!

Orang kata nak cari kawan senang tetapi sahabat susah.. Betul ke macam tu? Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja dan mencari seberapa ramai kawan yang kita mahu tetapi di saat kita jatuh adakah kawan kita yang ramai itu akan membangunkan kita semula, mungkin mereka akan mentertawakan kita pula. Itulah pentingnya memiliki sahabat dan kita boleh mengenali ciri-ciri sahabat yang berdamping dengan kita.

Ciri-Ciri Sahabat

Sahabat adalah mereka yang akan sentiasa bersama-sama dengan kita tak kira di saat susah atau senang dan sahabat yang baik adalah sentiasa menyokong antara satu sama lain.

Anda ada sahabat?

Jom Kenali Ciri-Ciri Sahabat.  “Dia” Bukan Sahabat Jika…….

Sahabat ibarat ubat penenang jika anda dalam keadaan tertekan. Jika orang yang anda anggap sahabat itu ada ciri-ciri di bawah, dia bukan sahabat yang anda dambakan.

1. Suka Menjatuhkan Kamu

Mereka gemar mencari kesalahan orang lain, setiap perkara dinilai sebagai negatif sahaja dan orang sebegini biasanya tidak memiliki ramai kawan

2. Memberi Pengaruh Negatif

Anda boleh menilai sendiri sahabat anda jika mereka memiliki sikap buruk seperti kuat ponteng, suka menipu dan sebagainya.

Sahabat anda itu suka mengajak anda membuat perkara yang anda sendiri sedar ianya salah. Selain itu, sabahat anda itu suka membuat perkara sesuka hati dan membuatkan anda tidak selesa.

3. Merpergunakan Anda

Dia jarang berkongsi kegembiraan dengan anda. Jika dia sedang bersedih, anda akan dipaksa untuk memberi sepenuh perhatian kepadanya.

Selain itu, jika anda dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, dia tidak memberikan tindak balas.

Mesti Baca: Pakai Kanta Lekap? Beringat Sebelum Terlambat!

Ciri-Ciri Sahabat

4. Tikam Belakang

Antara ciri-ciri kawan makan kawan atau tikam belakang seperti apa yang anda ada, dia pun mesti nak ada juga. Selain itu, dia suka merahsiakan perkara penting daripada pengetahuan anda.

Malah, nasihat yang anda minta daripadanya banyak menjurus kepada perlakuan dan kesan negatif.

5. Suka Meniru Anda

Segala-galanya sama! Rambut, baju, seluar dan apa sajalah. Semua nak tiru anda! Setiap kali dia nak beli apa-apa, dia mesti akan tanya citarasa anda dahulu. Matlamatnya nak meniru anda! Malah, sampai tutur kata dan percakapan pun nak ditirunya. Melampau kan?

Mesti Baca: Jom Tengok Gaya Makan Rakyat Malaysia. Mungkin Terkena Batang Hidung Sendiri

Adakah ciri-ciri sahabat di atas ada pada orang yang anda anggap sahabat?

Pada pendapat admin, jika sahabat anda ada ciri-ciri di atas, tak perlu sampai buang sahabat.

Mana yang boleh kita tegur cubalah tetapi kalau dia tak nak berubah juga baru tinggalkan orang macam tu..

Ingat! sahabat ketawa senang dicari tetapi sahabat berduka boleh dibilang jari saja 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!