Coklat Daim Dan Toblerone Tiada Sijil Halal JAKIM
Coklat Daim dan Toblerone antara coklat kegemaran ramai terutama apabila berkunjung ke tempat peranginan bebas cukai seperti Pulau Langkawi yang mana pelancong akan membeli kedua-dua coklat tersebut dalam jumlah yang banyak kerana ianya sukar ditemui di pasaran terbuka dan harganya agak mahal.
Tetapi, ada cerita kurang enak sedikit bagi penggemar kedua-dua coklat tersebut kerana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan kedua-dua jenama coklat popular bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Baca Juga: McDonald’s Malaysia Nafi Hidang Kopi Lemak Khinzir
Malah, coklat Daim dan Toblerone juga tidak memperoleh sijil Halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.
“Jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM,” menurut kenyataan daripada Facebook JAKIM.
Pihak Jakim menjelaskan untuk orang ramai mengetahui premis makanan atau status makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh mendapatkannya di:
Laman Direktori Halal: www.halal.gov.my
Aplikasi telefon pintar myJakim.
Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM https://m.facebook.com/HabHalalJakim/
Admin terkedu sekejap.
Walaupun JAKIM tak kata coklat Daim dan Toblerone tidak halal tetapi bila difikirkan semula memang benar tiada logo halal JAKIM.
Logo halal luar negara kedua-dua coklat tersebut pula tidak diiktiraf JAKIM.
Jadi….. emmmm…..
Fikirkan semula sahabat semua…
Admin pun dah telan entah berapa banyak coklat Daim dan Toblerone tu.
Rasanya admin pun nak berhenti makan kedua-dua coklat tersebut selagi tidak mendapat pengiktirafan JAKIM
Anda bagaimana?