Menu

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Penjara KA41

Jika anda calon peperiksaan Penguasa Penjara KA41 dalam masa terdekat ini, sudah pasti anda mula tercari-cari bahan bacaan, rujukan dan contoh soalan peperiksaan Penguasa Penjara KA41 yang dapat membantu persediaan sebelum peperiksaan.

Apakah bentuk soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan Penguasa Penjara KA41? adakah sama dengan peperiksaan bagi jawatan lain.

Kita lihat dahulu apakah format peperiksaan online SPA (PSEE)? Lazimnya, terdapat 3 seksyen utama iaitu:

1. Seksyen Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan halhal yang berkaitan dengan pentadbiran dan hal ehwal kepenjaraan,
keselamatan dan pertahanan negara, undang-undang, pengurusan kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, modal insan, sosial, sukan dan lain-lain perkembangan semasa.

2. Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

(i) Kemahiran Logik

Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

(iii) Konsep Matematik dan Akaun

Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

3. Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen ini menguji memahami petikan pendek dalam bahasa inggeris dan jawab soalan objektif yang diberi. Jawapan ada di dalam petikan tersebut dan juga terdapat soalan berbentuk mengisi tempat kosong yang sesuai berdasarkan ayat ringkas.

Format Peperiksaan Penguasa Penjara KA41 yang sebenar akan diumumkan oleh SPA nanti. Boleh jadi peperiksaan online (PSEE) atau mungkin Ujian Psikometrik.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Penjara KA41

Berikut adalah contoh soalan pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa inggeris yang mungki ditanya dalam PSEE Penguasa Penjara KA41.

1. Jabatan Penjara Malaysia terletak di bawah

A Kementerian Kewangan.
B Kementerian Dalam Negeri.
C Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.

2. Seseorang yang ditahan dibawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, akan ditahan di

A Institusi Penjara, Jabatan Penjara Malaysia.
B Pusat Pemulihan Akhlak, Jabatan Penjara Malaysia.
C Tempat Tahanan Perlindungan, Jabatan Penjara Malaysia.
D Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Penjara KA41
Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Penjara KA41
This image has an empty alt attribute; its file name is Contoh-Soalan-Pemahaman-Bahasa-Inggeris-02.png

Begitulah contoh soalan Peperiksaan Penguasa Penjara KA41 yang mungkin akan ditanya nanti. Bagi mendapatkan input maksimum anda mesti dapatkan rujukan serba lengkap.

Rujukan Peperiksaan Penguasa Penjara KA41

Rujukan Peperiksaan Penguasa Penjara KA41 dalam bentuk ebook (format PDF) mengandungi:

1. Nota jawatan

2. Nota pengetahuan am, contoh soalan dan jawapan

3. Nota matematik, contoh soalan, jawapan dan jalan pengiraan

4. Nota bahasa inggeris, contoh soalan dan jawapan

Rujukan spesifik jawatan Penguasa Penjara KA41 akan dibuka bergantung kepada format peperiksaan yang akan dimaklumkan SPA nanti.

Tempahan Rujukan Peperiksaan Penguasa Penjara KA41

Masukkan NAMA dan EMAIL anda di bawah untuk jadi yang PERTAMA tahu sebaik sahaja rujukan sedia dibuka selepas proses kemaskini selesai.

Masuk Telegram Khas untuk untuk info pantas Rujukan Peperiksaan Penguasa Penjara KA41

LIKE Facebook kami: Nota Rujukan Peperiksaan Kerja Kerajaan

Artikel Berkaitan: Rujukan Peperiksaan Penguasa Imigresen KP41/KP29

Artikel Berkaitan: Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Pastikan anda tidak terlepas contoh soalan Peperiksaan Penguasa Penjara KA41 yang lengkap untuk persiapan mantap sebelum peperiksaan.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!