COVID-19: Berperang Dengan Musuh Tak Dapat Dilihat, Menangkah Kita?
Dalam tak sedar kita sudah memasuki seminggu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac 2020 tetapi kerajaan baru sahaja mengumumkan tempoh PKP akan dilanjutkan lagi sehingga 14 April 2020 bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Adakah kita akan berjaya berperang dengan musuh tak dapat dilihat ini?
Kerajaan terpaksa melanjutkan tempoh PKP kerana trend jangkitan COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dan tidak mustahil tempoh ini akan dilanjutkan lagi selepas 14 April nanti andainya rantaian jangkitan tidak dapat diputuskan.
Berperang Dengan Musuh Tak Dapat Dilihat. Menangkah Kita?
Bagaimana nasib pekerja swasta, peniaga kecil dan sesiapa sahaja yang mendapat kesan secara langsung akibat PKP ini?
Peperangan ini bukan mudah kerana COVID-19 bukan sahaja mengancam nyawa tetapi juga kehidupan manusia sejagat. Jutaan manusia di dunia terjejas teruk dengan ancaman musuh tak dapat dilihat ini.

Mesti Baca: COVID-19 Tangguh Bayaran Pinjaman Bank 6 Bulan
Mesti Baca: Soalan-Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan
Lihat sahaja Italy, negara maju yang paling menerima kesan COVID-19, mereka sudah mengalah berperang dengan virus ini dan hanya menunggu dan lihat sahaja apakah akan terjadi seterusnya.
Kita mesti menang melawan COVID-19! Percaya dengan kemampuan pimpinan kerajaan Malaysia. Walaupun negara kita kecil dan bukanlah negara maju seperti Italy dan China tetapi itu bukan alasan untuk tewas menentang musuh tersembunyi ini. Kita WAJIB menang!
Berita baiknya kerajaan mengumumkan “nyawa” tambahan kepada rakyat Malaysia seperti penangguhan bayaran pinjaman bank selama 6 bulan, kad kredit, penangguhan bayaran PTPTN dan beberapa inseftif lain.
Selain itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi pada hari Jumaat, 27 Mac nanti. Semoga ada lagi berita gembira yang sedikit sebanyak akan mengubat hati rakyat Malaysia yang terkesan dengan PKP.