Cuti Umum Kejayaan Cemerlang Sukan SEA 2017?
PM Isytihar Cuti Umum Kejayaan Cemerlang Sukan SEA 2017? Tahniah kepada kontinjen Malaysia kerana menepati sasaran menggenggam 111 pingat emas dalam sukan SEA 2017 dengan jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang muncul atlit yang memastikan sasaran tercapai.
Seperti biasa, netizen mula bersembang di media sosial, adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengisytiharkan cuti umum sempena kejayaan cemerlang atlit Malaysia dalam sukan SEA kali ini?
UPDATE: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan cuti umum Sukan SEA 2017 pada hari Isnin (04/09/2017) ketika majlis penutupan rasmi Sukan SEA 2017.
Terima Kasih Perdana Menteri! Selamat bercuti semua 🙂
Jika pasukan bola sepak negara memenangi perlawanan akhir menentang Thailand malam ini, cakap-cakap belakang cuti umum Sukan SEA 2017 pasti lebih kencang. Perdana Menteri pun pasti tak senang duduk betul tak?
Mesti Baca: Tahu Tak Gambar Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2017?
Maklumlah, memenangi emas bola sepak yang dianggap “ibu emas” adalah kemuncak kepada kejayaan sesebuah negara dalam sukan SEA.
Nanti dahulu! Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata.. beliau faham kehendak rakyat Malaysia, kita tunggu habis sukan SEA dan perlawanan akhir bola sepak malam ini.
PM Isytihar Cuti Umum Kejayaan Cemerlang Sukan SEA 2017?
KUALA LUMPUR: Ketika rakyat Malaysia meraikan pingat emas ke-111 negara yang dimenangi oleh jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang, ramai netizen tertanya-tanya jika cuti umum akan diisytiharkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya ketika meraikan detik ini pada malam Isnin sempat berjenaka kerana begitu memahami kehendak rakyat Malaysia.
“Ramai yang memuji dan ramai yang juga minta cuti di diisytiharkan.
“Ada dua kegemaran rakyat Malaysia… satu makan, dan satu lagi cuti AM.
“Tunggu dululah sebab Sukan SEA belum habis lagi. Kita tunggu dulu,” kata Najib di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur – Sumber
Bawa bertenang semua.. Admin dapat merasakan PM akan isytihar cuti umum kejayaan cemerlang Sukan SEA 2017 tetapi tak pasti hari apa..
Lagipun, kalau cuti umum mungkin ada rakyat Malaysia yang menonton perlawanan akhir bola sepak di stadium dapat pulang dengan tenang kerana perlawanan tersebut pada hari bekerja.
Malah, mungkin ada yang tak balik.. mereka terus menuju ke Stadium Bukit Jalil untuk acara penutupan Sukan SEA 2017 nanti.
Emmmm… betul juga kata PM, ada dua kegemaran rakyat Malaysia iaitu makan dan cuti umum 🙂
UPDATE: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan cuti umum Sukan SEA 2017 pada hari Isnin (04/09/2017) ketika majlis penutupan rasmi Sukan SEA 2017.
Terima Kasih Perdana Menteri! Selamat bercuti semua 🙂