Dapat SMS Duit BPN Masuk, Tak Perlu Beratur Di Bank Untuk Semakan
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah bermula 06 April secara berperingkat kepada penerima yang layak. Yang layak akan terima SMS daripada LHDNM pemberitahuan duit BPN masuk.
Jadi, anda tidak perlu beratur di bank untuk semak duit sudah masuk atau belum, jika ada perbankan online boleh sentiasa semak atau tunggu sahaja SMS daripada LHDNM yang membuktikan duit telah masuk ke dalam akaun.

Apabila orang ramai berkumpul dan beratur panjang, mengabaikan jarak 1 meter antara satu sama lain sepanjang PKP dilaksanakan, usaha kerajaan hanya akan menjadi sia-sia kerana gagal membendung penularan wabak COVID-19.
Jadi, tidak perlu panik! kerajaan telah mengusahakan bantuan kepada rakyat yang terjejas kerana COVID-19, sekarang hanya kita pula yang membantu atau menggagalkan peperangan melawan mush yang tak nampak ini.
Dapat SMS Duit BPN Masuk, Tak Perlu Beratur Di Bank Untuk Semakan

Hanya nombor 62000 atau 63833 sahaja yang SAH daripada LHDNM. Jika anda menerima SMS selain daripada nombor tersebut, abaikan!
Tambahan pula jika ada yang meminta NO. KAD PENGENALAN, NO AKAUN, NO TAC dan sebagainya. JANGAN LAYAN. Jika tidak, anda akan jadi mangsa SCAMMER atau duit dalam bank lesap tanpa pengetahuan.
Jadual Pembayaran BPN
Semak kategori anda. Ada tarikh yang telah ditetapkan oleh LHDNM tarikh duit BPN masuk ke akaun masing-masing mengikut kategori dan kelayakan.

Masih Belum Daftar BPN?
Mungkin ramai yang kecewa sebelum ini kerana tidak dapat mengakses masuk laman web LHDNM yang sesak teruk kerana orang ramai membuat semakan dan pendaftaran BPN. Ketika ini, laman web tersebut telah pulih.
Jangan bimbang kerana permohonan BPN dibuka sehingga 30 April 2020. Semakan atau permohonan BPN terus klik SINI.