Debat Tun Mahathir-Nazri Tunda 7 April
Debat Tun Mahathir-Nazri yang sepatutnya berlangsung pada 25 Mac 2017 (Sabtu) mungkin tak jadi. Macam-macam alasan timbul. Isu keselamatan, borang permohonan debat lewat dihantar, bantahan penduduk tempatan dan macam-macam lagi.
Admin dah agak debat ni tak akan jadi…. dan biasanya alasan keselamatan akan digunakan seperti program Nothing To Hide dahulu.
Mesti Baca: PRU14: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih
Apapun, tahniah Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang nampak bersemangat dan lebih “jantan” daripada bosnya 🙂
Debat Tun Mahathir-Nazri Tunda 7 April
Selepas polis tidak memberikan kebenaran debat pada 25 Mac (Sabtu) ini dan Tun Mahathir memberi masa kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sehingga tengahari, 22 Mac untuk menetapkan tarikh dan tempat baru untuk berdebat, dengan pantas Mohamed Nazri memberikan tarikh dan tempat baru debat Tun Mahathir-Nazri pada:
- Tarikh: 07 April 2017
- Tempat: Kumpulan Media Karangkraf pada 7 April ini
- Masa: 09.30 malam
Kita tunggu saja berita selanjutnya.
Harap kali ini tak tangguh lagi debat Tun Mahathir-Nazri ni.
Kita bukan nak tengok orang bergaduh, cari salah siapa tapi kita nak tengok “kejantanan” menjawab soalan pihak lawan secara berdepan.
Bukan baling batu sembunyi tangan atau sembang kencang saja tapi tak berani berdepan.
Mesti Baca: Lebih 4 Juta Belum Daftar Mengundi Walaupun Layak