Menu

Suka Cop Parking? Bukan Setakat Sumpah Seranah, Anda Boleh Dipenjara!

Perbuatan menanda tempat letak kereta atau dipanggil cop parking dengan meletakkan kerusi, kon, pasu bunga, berdiri atas petak dan sebagainya biasa dilihat terutama di kawasan yang sentiasa sibuk yang mana untuk mendapatkan tempat meletakkan kereta sangat sukar.

Tetapi, anda sedar tak perbuatan tersebut akan menimbulkan kemarahan orang lain, semua orang hendak parking tambahan pula kepada pemilik parking berbayar, mereka bayar tetapi orang lain pula masuk petak parking mereka. Memang sengaja mencari nahas!

Peringatan! anda boleh dipenjara jika terus mengamalkan perbuatan menjengkelkan tersebut.

Suka Cop Parking? Waspada Anda Boleh Dipenjara!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan, undang-undang berkenaan merupakan kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada di tempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat beli-belah.

Suka Cop Parking? Bukan Setakat Sumpah Seranah, Anda Boleh Dipenjara!

Hukuman bagi pesalah ‘cop parking’ ditetapkan mengikut Seksyen 119 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara maksimum 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Mesti Baca: Boleh Tak Pengawal Keselamatan Pegang Atau Simpan Kad Pengenalan Anda?

Menurut JPJ, jika berlaku kejadian ini, orang ramai boleh membuat aduan dengan menghantar mesej dengan butiran seperti:

  • Butiran pengadu seperti nombor kad pengenalan
  • Lokasi kejadian
  • Tarikh dan masa kejadian,
  • Nombor pendaftaran kenderaan dan butiran kejadian

Hantar aduan kepada:

aduantrafik@jpj.gov.my atau http://www.wasap.my/60134498997/AduanJPJ.

Sumber

Tolong beringat! apabila perbuatan anda suka cop parking menjadi tular, bukan sahaja malu yang dapat malah anda boleh didenda dan dipenjara.

Jika keadaan memaksa untuk mendapat parking dengan segera, letakkan no. telefon di hadapan cermin kereta hadapan supaya orang lain dapat menghubungi anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!