Menu

Ingkar PKP? Tiada Lagi Kompaun RM1000, Terus Naik Mahkamah

Memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih ramai yang tidak mengikut arahan tanpa alasan munasabah. Kerajaan dilihat sudah bosan dengan segelintir rakyat yang degil dalama usaha memerangi COVID-19. Akibatnya, ingkar PKP tiada lagi kompaun RM1000 tetapi hukuman lebih berat menanti.

Entah mengapa ketika PKP fasa pertama, rakyat dilihat sangat mematuhi arahan sehingga jalan raya dilihat lengang tetapi memasuki fasa kedua, sudah ada yang ingkar PKP dengan memenuhi jalan raya, bank dan pasar raya. Jika membeli barangan keperluan atau urusan penting seperti urusan bank boleh dimaafkan tetapi jika selain daripada itu untuk apa? sengaja mencabar pihak berkuasa atau sudah terlalu bosan duduk di rumah?

Ingkar PKP? Tiada Lagi Kompaun RM1000, Terus Naik Mahkamah

Polis tidak lagi mengeluarkan kompaun bagi kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga bermula esok, sebaliknya individu yang ingkar akan terus ditahan dan dituduh di mahkamah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan menetapkan hukuman sedemikian berikutan masih ramai individu yang ingkar sehingga mengakibatkan sasaran pematuhan tidak dapat dicapai.

Mesti Baca: PKP Fasa 3 Boleh Tamatkan COVID-19

Ingkar PKP? Tiada Lagi Kompaun RM1000, Terus Naik Mahkamah

Selain itu, beliau berkata, ada juga individu yang tidak takut dikenakan kompaun RM1,000 kerana mampu membayarnya.

“Saya dimaklumkan polis bahawa semalam ramai keluar dan sebagainya. Itu betul, benar. Ramai daripada kebiasaan sebab difahamkan ramai yang pergi ke bank untuk keluarkan wang mereka dan wang BPN (Bantuan Prihatin Nasional) diberikan kerajaan.

“Sebab itulah polis bersetuju bahawa pematuhan itu masih lagi tidak mencapai ke tahap yang kita sasarkan. Jadi ramai lagi sudah lupa atau sengaja lupa masih lagi keluar seperti biasa.

“Justeru, polis tidak lagi akan berkompromi dan akan hadap (individu ingkar PKP) ke mahkamah. Mungkin mereka akan direman atau mungkin akan berada di lokap satu, dua hari. Sebabnya, bila beri kompaun mereka boleh bayar kerana ramai tak takut dikompaun.

“Insya-Allah, mulai esok tiada kompromi lagi dan akan tuduh mereka di mahkamah supaya rakyat patuhi setiap arahan daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini – Sumber

Tolonglah berkorban buat masa sekarang! semua orang sudah bosan dan tidak tahan lagi hidup dalam PKP tetapi mereka masih mematuhi arahan kerajaan untuk bekerjasama melawan COVID-19 tetapi jika anda ingkar PKP dengan sengaja, anda hanya menyeksa mereka yang patuh kepada arahan.

Seronok sangat ke jika PKP akan dipanjangkan sehingga selepas Aidilfitri atau lebih lama lagi?

Leave a Reply

error: Content is protected !!