Dividen ASB Dan ASN 2016
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah mengumumkan dividen ASB dan ASN bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 seperti berikut:
- Pengagihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan bonus 0.50 sen seunit
- Pengagihan pendapatan Amanah Saham Nasional (ASN) sebanyak 5.00 sen seunit
Sumber Gambar: Astro Awani
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, lebih sembilan juta pemegang unit yang melanggan lebih daripada 143 bilion unit ASB akan menikmati pengagihan pendapatan berjumlah kira-kira RM9.78 bilion dan pengagihan bonus berjumlah RM500.40 juta.
“Sementara bagi ASN pula, jumlah pengagihan sebanyak RM92.86 juta ini akan dimanfaatkan oleh lebih 1.2 juta pemegang unit yang melanggan lebih daripada 1.85 bilion unit ASN,” katanya.
Pembayaran dividen ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit pada 1 Januari 2017.
Manalala pembayaran pengagihan pendapatan bagi ASN akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit juga pada 1 Januari 2017 – Sumber Kosmo Online
Pemegang saham ASB dan ASN pasti tersenyum dengan pengumuman dividen ASB dan ASN ini.
Tetapi…. jika diperhatikan jadual di atas dividen ASB 2016 adalah PALING RENDAH sejak tahun 1990.
Punca dividen ASB dan ASN kurang berkait rapat dengan situasi ekonomi semasa yang tidak menentu.
Atau…..
Anda fikirlah sendiri 🙂
Najib bodoh, ni kata die “Walaupun berdepan persekitaran ekonomi global mencabar, Alhamdulillah, kita masih berupaya dapat pulangan tinggi jika dibandingan dengan saham-saham konvensional yang lain.” kan bodoh tu, cube compare dgn asb tahun2 sebelum bukan dgn benda lain, sibuk kata ekonomi mencabar, cube tgk gawat 98 dulu. bongok betul. sayNOtoBN
Hi Rosmah Mansor mengata laki sendiri pula 🙂
Memang tak nafikan dividen ASB tahun 2016 paling rendah dalam sejarah..Kalau ditanya memang semuanya ok semuanya baik semuanya di landasan tepat.. Nak kata apa PRU dah dekat..
Buat pilihan bijak 🙂